Bagaimana Menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad ?

Bagaimana Menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad ?

Syarikat sendirian berhad (sdn. bhd.) merupakan salah satu dari dua jenis syarikat berhad dengan saham yang terdapat di Malaysia.

Untuk menubuhnya, anda perlu terlebih dahulu melantik syarikat setiausaha bertauliah yang akan membantu menubuhkan syarikat sdn bhd anda dari A-Z.

Pun begitu, sebelum berjumpa dengan syarikat setiausaha, anda dinasihatkan untuk menyediakan dokumen dan maklumat tertentu bagi melicinkan proses penubuhan syarikat anda.

Maklumat yang diperlukan seperti:

1) Cadangan nama syarikat (minimum 3 nama).
2) Cadangan aktiviti perniagaan syarikat (maksimum 3 aktiviti).
3) Cadangan akaun bank syarikat (minimum 1 bank)/ Jika tiada pun tidak apa.
4) Alamat tempat tinggal bakal pengarah syarikat (jika berbeza dengan KP).
5) Alamat tempat tinggal bakal pemegang saham syarikat (jika berbeza dengan KP).

Dokumen sokongan lain yang diperlukan adalah seperti:

1) Salinan kad pengenalan bakal pengarah syarikat.
2) Salinan kad pengenalan bakal pemegang saham syarikat.

Setelah semua maklumat dan dokumen yang dinyatakan diatas anda sediakan, buat temujanji untuk berjumpa dengan syarikat setiausaha pilihan anda.

Sesetengah syarikat setiausaha menghendaki bayaran penuh dibuat diawal proses penubuhan manakala sesetengah yang lain membenarkan anda membuat pembayaran deposit sahaja bagi memulakan proses penubuhan.

Tempoh diantara 5 ke 10 hari bekerja diperlukan untuk syarikat setiausaha menyiapkan proses penubuhan syarikat sdn bhd anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Diakhir proses diatas, SSM akan mengeluarkan sijil penubuhan syarikat sdn bhd (Seksyen 17) menandakan syarikat sdn bhd anda telah tertubuh dengan jayanya. Sebelum menyerahkan sijil tersebut kepada anda, syarikat setiausaha kebiasaannya akan menyediakan dokumen lengkap syarikat seperti :

1) Seksyen 58 (Butir-butir pendaftaraan pengarah, pengurus dan setiausaha syarikat)
2) Seksyen 78 (Pulangan perumpukan saham)
3) Seksyen 46 (Notis alamat pejabat berdaftar)

Kesemua sijil dan dokumen lengkap syarikat diatas akan diserahkan oleh syarikat setiausaha kepada anda.

Dengan penerimaan kesemua sijil-sijil, menandakan syarikat sdn bhd anda telah siap tertubuh dan sedia untuk dijalankan.

LANGKAH PERTAMA BILA ANDA MEMPUNYAI SYARIKAT SDN.BHD

LANGKAH PERTAMA BILA ANDA MEMPUNYAI SYARIKAT SDN.BHD

A. BUKA AKAUN SYARIKAT

Antara perkara utama yang perlu dilakukan oleh peniaga diluar ialah membuka akaun bank bisnes. Jangan guna akaun atas nama sendiri untuk duit jualan dan perbelanjaan. Buka akaun bank menguna nama bisnes. Untuk sebarang transaksi duit masuk dan keluar. Antara kelebihan membuka akaun bank atas nama bisnes ialah:-

1. Ini antara cara untuk memudahkan akaun untung rugi bisnes dikemaskini. Seterusnya proses mengetahui keuntungan dan kerugian dapat diketahui.
2. Kesilapan kebanyakkan peniaga diluar ialah tidak meletak duit jualan ke bank. Ini akan menyebabkan bank tidak dapat mengesahkan kekuatan kewangan anda ketika proses ingin buat pinjaman di masa akan datang.
3. Proses untuk elak kita tanpa sedar menguna duit bisnes tanpa kawalan. Terlalu banyak kecurian berlaku pada bisnes terutama bila pemilik sendiri tidak sedar atau tidak ketahui kedudukan aliran tunai mereka
4. Untuk elak dari kesilapan dalam pengiraan cukai. Seterusnya akan mengundang risiko dikenakan kompaun akibat kesalahan penguraan cukai. Kita kena ingat kompaun boleh cecah sehingga 100% dari jumlah kurang lapor.

B. MEMOHON SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN

Merupakan syarat wajib untuk semua pembekal / kontraktor yang ingin memohon tender-tender kerajaan. Tanpa sijil ini, syarikat anda tidak layak untuk memohon sebarang tender kerajaan.Diantara kelebihan mendaftarkan perniagaan anda dengan MOF ialah:

1. Anda boleh menjual produk dan perkhidmatan anda kepada Kerajaan Malaysia dan agensi di bawah seliannya.

2. Kaedah memasarkan perkhidmatan dengan cara yang lebih mudah dan sistematik melalui amalan membida tender dan projek secara online serta terbuka menggunakan portal eperolehan.com.my

3. Latihan dan panduan secara berterusan disediakan oleh pihak MOF bagi usahawan yang berminat.

4. Merupakan tambah nilai kepada perniagaan anda kerana anda telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kewangan Malaysia.

5. Bagi usahawan bumiputera, anda boleh memohon pengiktirafan penarafan (status bumiputera) bersekali dengan proses permohonan lesen MOF bagi menambah nilai perniagaan anda.Mendaftarkan perniagaan anda dengan pihak MOF bukanlah sesuatu yang susah. Anda boleh terus ke laman www.eperolehan.com.my dan mendaftar secara online disana.

C. DAFTAR SOCSO

Adalah SOCIAL Security Organisation, atau dalam Bahasa Melayunya, PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial). Ia ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia.Ia lebih kurang macam sebuah organisasi insurans untuk semua pekerja di Malaysia (pekerja bermaksud majikan, pekerja tetap/sepenuh masa, dan juga pekerja sementara/sambilan). Tujuannya adalah untuk menyediakan pembayaran tunai dan faedah kepada semua pekerja berdaftar dalam kes kecemasan, kecederaan, atau kematian.

D. DAFTAR KWSP

Menurut Seksyen 41 (1) Akta KWSP 1991, majikan perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh 7 hari daripada tarikh majikan mula bertanggungjawab mencarum, iaitu sebaik sahaja seseorang pekerja diambil bekerja untuknya. Majikan perlu melengkapkan Borang KWSP 1 dan menyerahkannya berserta dengan borang pendaftaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti Borang 49 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Sijil Pendaftaran Perniagaan.

E. Daftar LHDN
Kenapa perlu daftar LHDN?

#1 – Tanggungjawab & Undang-UndangMembuat taksiran dan membayar cukai adalah undang-undang. Akta Cukai di Malaysia termaktub pada tahun 1967 lagi. Namun, akan ada sedikit perubahan dari tahun ke tahun. Menjadi tanggungjawab rakyat untuk membayar cukai, di mana hasil cukai tadi digunakan kembali oleh kerajaan untuk rakyat. Mungkin terdapat ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan, tapi kita jalankan tanggungjawab kita dulu. Tanggungjawab kerajaan pula untuk pastikan ia digunakan dengan baik. Jika terdapat sebarang salah guna, kita salurkan rasa tidak puas hati itu dengan cara lain.

#2 – Mengelak Dari Penalti apabila kita memilih untuk tidak membuat taksiran dan membuat bayaran cukai, sebenarnya kita memilih untuk membayar penalti. Terdapat banyak penalti boleh dikenakan apabila kita tidak membuat taksiran dan pembayaran. Penalti sehingga 300% dari nilai cukai boleh dikenakan.Ada membuat anggapan, nanti jika LHDN datang buat semakan, baru bayar. Ini macam berjudi. Nasib baik, tak kena audit cukai oleh LHDN. Nasib tak baik, bayar sahaja cukai tambah dengan penalti. Apabila dikenakan penalti, masalah yang mungkin dihadapi ialah aliran tunai. Duit yang boleh digunakan untuk modal pusingan atau mengembangkan perniagaan terpaksa digunakan untuk membayar penalti.

#3 – Mengelak Dari DisenaraihitamPasti ramai sudah mengetahui, berita artis terkenal tidak dibenarkan keluar negara kerana masih mempunyai cukai tertunggak. Pihak LHDN mempunyai hak untuk menghalang sesiapa keluar dari Malaysia selagi cukai tidak dibayar. Tanpa mengira tujuan kita mahu keluar negara.

#4 – Mendapatkan PinjamanAntara dokumen yang diperlukan untuk perniagaan memohon pinjaman sekarang ialah taksiran cukai, Borang B. Jika mendaftar pun tidak pernah, memang tak akan ada borang B. Bankpun tak boleh nak proses permohonan pinjaman.

#5 – Mengembangkan Perniagaan untuk mengembangkan perniagaan, modal tambahan diperlukan. Jika modal mahu diperolehi dari pinjaman, point no. 4 di atas perlu di ambil kira. Jika mahu mendapatkan pelabur pula, pasti mereka mahu tahu kedudukan cukai. Pelabur tidak mahu terlibat dalam pelanggaran undang-undang. Jika modal dari sumber dalaman, mungkin akan menarik perhatian pihak LHDN untuk buat semakan. Bila kita sudah mahu membayar cukai, akan timbul pula soalan apa yang perlu dibuat sekarang? Berniaga sudah bertahun, tapi kini baru sedar dan nak bayar cukai.

Referral Programme

Referral Programme

    Terma & Syarat
  1. Sistem Introducer SMARTRICH diperkenalkan khusus untuk penubuhan Syarikat baru sahaja.
  2. Setiap Introducer SMARTRICH perlu berdaftar dan telah disahkan pendaftarannya.
  3. Setiap Introducer berdaftar akan diberikan satu Kod Introducer.
  4. Sistem ini berfungsi apabila setiap Introducer berdaftar memperkenalkan pelanggan baru kepada SMARTRICH untuk pakej penubuhan syarikat sahaja. (Pakej atau perkhidmatan lain adalah tidak  termasuk dalam sistem ini).
  5. Bayaran berbentuk komisen berupa wang tunai dan dalam nilai Ringgit Malaysia sahaja.
  6. Skop kerja Introducer SMARTRICH adalah hanya perlu membawa pelanggan baru untuk diperkenalkan kepada pihak SMARTRICH untuk proses penubuhan syarikat baru sahaja. Introducer tidak perlu menjelaskan/ menerangkan kepada pelanggan baru tentang prosedur penubuhan syarikat atau sebagainya.  Ianya juga tertakluk kepada persetujuan pelanggan baru untuk menggunakan khidmat SMARTRICH atau tidak.
  7. Bayaran penuh komisen akan didepositkan ke akaun Introducer apabila pihak kami telah menerima bayaran penuh dari pihak pelanggan baru. Tiada “advance”/ sebarang permohonan untuk pendahuluan kepada Introducer diberikan.
  8. Bagaimana jika terdapat Introducer yang bertindan? Pihak SMARTRICH akan sentiasa merujuk kepada borang pendaftaran yang telah diisi oleh pelanggan baru dimana pelanggan baru perlu menulis nama Introducer dan kod Introducer didalam borang tersebut.
  9. Sistem Introducer SMARTRICH ini akan sentiasa berlangsung sehingga notis penamatan diumumkan.
  10. Introducer SMARTRICH boleh menggunakan sebarang idea/ bahan pemasaran yang dikeluarkan oleh SMARTRICH sahaja tanpa mengulang cetaknya segala risalah dan bahan perlu dibayar dengan kadar bayaran yang ditetapkan sendiri, jika didapati pihak Introducer menyebarkan masalah atau menggunakan nama SMARTRICH sebagai publisiti, pihak SMARTRICH tidak akan teragak-agak untuk menyingkirkan nama Introducer tersebut.

    Referral Programme Form

    Please fill up your details. Thank You.

    • All About You

    • Sila Masukkan Nama Seperti Kad Pengenalan. Cth : ALI BIN ABU
    • Sila Masukkan No. Kad Pengenalan Anda. Cth : 123345546666
    • Sila Masukkan No. Telefon Anda. Cth : +6016 6666 666
    • Sila Masukkan Email Anda. Cth : info@xxxxx.com
    • All About Your Company Or Business

    • Sila Masukkan Nama Syarikat Anda. Cth : MAJU JAYA SDN. BHD.
    • Sila Masukkan No. Pendaftaran Perniagaan Anda. Cth : 123456-X
    • About Your Bank Account

    • Thank You.

GST – Kelebihan Sistem GST Untuk Usahawan

GST – Kelebihan Sistem GST Untuk Usahawan

Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST)

Sistem GST adalah lebih efisyen, berkesan dan telus. Dengan GST pada kadar 6% pengilang akan menjual baju itu pada harga RM106.00 kepada pemborong. Cukai yang dibayar pemborong adalah RM6.00 yang dikutip oleh pengilang bagi pihak kerajaan. Di sini, walaupun pemborong telah membayar RM6.00 untuk GST kepada pengilang, RM6.00 tersebut boleh dituntut kembali dari kerajaan. Oleh itu kos pemborong kekal pada RM100.00.

Sekiranya pemborong ingin membuat keuntungan sebanyak 20%, maka harga jualan pemborong kepada peruncit hanyalah sebanyak RM120.00 dan bukan RM132.00 seperti dibawah Cukai Jualan. Dengan harga jualan RM120.00, GST yang dikenakan ialah RM7.20.

Di peringkat seterusnya, sekiranya peruncit ingin membuat 30% keuntungan dari harga RM120.00 tadi, maka baju tersebut akan dijual pada harga RM165.00 kepada pengguna.

Dalam contoh ini kita dapat lihat bagaimana harga baju tersebut akhirnya menjadi lebih rendah.

SST (Sales and Service Tax) mempunyai kelemahan yang tidak boleh diperbaiki. Sebagai jalan penyelesaian kita perlu menyusun semula sistem percukaian negara untuk menjadi lebih efisyen, berkesan dan telus. Inilah kelebihan sistem GST. Dengan GST pengguna akan tahu berapa cukai yang dibayar pada setiap pembelian. Peniaga juga tidak boleh mengelak daripada membayar cukai dengan melakukan pindahan harga (Transfer pricing).

Kadangkala kita juga dikenakan sejenis lagi pembayaran ketika mendapatkan perkhidmatan, iaitu caj perkhidmatan atau service charge terutamanya di restoran atau hotel. Caj perkhidmatan tersebut bukan GST. Caj perkhidmatan pada kadar 10% adalah amalan yang dipraktikkan oleh industri hospitaliti.

Caj ini dikutip oleh pemberi perkhidmatan sebagai dana terkumpul mereka sendiri untuk diagihkan kepada pekerja. Caj ini dianggap sebagai satu bayaran tips. Ini bukan cukai yang dikutip bagi pihak kerajaan. Terpulang kepada pengguna sama ada ingin terus mendapatkan perkhidmatan daripada perniagaan yang mengenakan caj perkhidmatan ini.

Elak perniagaan anda dari didenda. Dapatkan khidmat professional untuk melancarkan urusan GST syarikat anda.Syarikat kesetiausahan seperti Smartrich akan membantu para usahawan melaksanakan GST(Good and Services Tax). Antara servis yang ditawarkan adalah :

  • Pendaftaran GST di Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
  • Semakan dan serahan pulangan GST.
  • Mengira GST untuk tujuan pemulangan.
  • Rayuan dan pembayaran balik GST.
  • Menasihati pematuhan dan keperluan GST.

Untuk maklumat lanjut, boleh terus ” whatsapp” Smartrich DISINI.

Atau boleh hubungi HQ Smartrich di No.:
019-6053938
03- 3341 2682 (Pejabat)
03- 3358 3914 (Pejabat)

Peniaga didenda gagal lapor pendapatan pada LHDN

Peniaga didenda gagal lapor pendapatan pada LHDN

KOTA BHARU – Seorang pemilik kedai cermin mata di sebuah pusat membeli belah, di sini, didenda RM12,500 mahkamah majistret, di sini, hari ini ke atas empat tuduhan tidak melaporkan pendapatan syarikat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Majistret Ahmad ‘Adha Amir Yaseer Amri turut memerintahkan tertuduh, Raja Anuar Raja Mansor, 42, membayar penalti khas berjumlah RM265,310.78 selain membayar cukai tambahan RM132,655.85 kepada LHDN selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap kesalahan empat tahun berturut-turut itu.

Raja Anuar didakwa pada empat tuduhan masing-masing tidak melaporkan pendapatan yuran pengurusan yang diperoleh dari Syarikat Idaman Sigma Sdn Bhd dengan jumlah keseluruhan RM577,786 yang boleh dikenakan cukai tambahan RM132,655.85 pada borang nyata cukai pendapatan individu (BE) Tahun Taksiran 2007, 2008, 2009 dan 2010.

Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 dan hendaklah membayar penalti  khas sebayak dua kali ganda amaun cukai yang dikenakan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Peguam Kanan Hasil LHDN, Norzilah Abd Hamid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada prosiding itu, Norzilah memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman berat atas alasan tertuduh melakukan kesalahan tersebut dalam tempoh empat tahun berturut-turut sejak 2007.Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya merayu supaya hukumannya diringankan selain memohon tempoh bayaran balik yang lebih panjang.

Ahmad Adha kemudian memerintahkan hukuman penjara selama 12 bulan sekiranya denda gagal dijelaskan, sebaliknya tertuduh melunaskan denda itu.

SUMBER DAN GAMBAR DARI SINAR HARIAN. 

Bagaimana Menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad?

Bagaimana Menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad?

Pernahkan anda mendengar Syarikat Sendirian Berhad? Apa bezanya dengan syarikat Berhad? Apa pula kelebihannya berbanding Perkongsian atau Enterprise? Mungkin bagi anda yang baru pasang anggan-anggan ingin berniaga, sedang giat mencari maklumat ini kan? Hari ini smartrich ingin kongsikan akan beberapa perkara tentang Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)

Ciri-Ciri untuk Syarikat Sendirian Berhad:

  • Dikawal dibawah Akta Syarikat 1965 (Sekarang Akta Syarikat 2016).
  • Sekurang-kurangnya 2 orang Pengarah Syarikat diperlukan (Namun, sekarang 1 orang Pengarah dibenarkan).
  • Dimiliki oleh pemegang saham 2 hingga ke 50 orang sahaja.
  • Pengarah syarikat mempunyai liabiliti yang terhad.
  • Pemegang saham yang mempunyai 51% atau lebih daripada jumlah saham syarikat berhak untuk mengawal syarikat tersebut.
  • Saham syarikat boleh dijual beli tetapi tidak boleh dijual di pasaran yang terbuka.
  • Saham syarikat tidak boleh dipasarkan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Untuk menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad anda perlu ikut langkah seperti ini:

1. Lantik Setiausaha Syarikat.

 

Setiausaha Syarikat yang bertauliah boleh samada Ahli Badan Profesional seperti MIA, MAICSA, Bar Council dan Licensed Secretary yang diperoleh daripada SSM.

 

2. Sediakan Maklumat Tertentu.

 

 

Anda perlu fikir-fikirkan.

  • Cadangan nama syarikat.
  • Aktiviti perniagaan yang bakal dijalankan (maksimum 3 aktiviti).
  • Akaun bank yang akan dibuka (Nama Bank dan Alamat Bank).

 

3. Sediakan Dokumen Sokongan.

 

 

  • Salinan kad pengenalan bakal pengarah.
  • Salinan kad pengenalan bakal pemegang saham.
  • Salinan pasport dan visa (Bagi Warga Asing).

 

4. Buat Temujanji Dengan Bakal Setiusaha Syarikat Pilihan Anda.

 

 

Sebaiknya anda bersemuka dengan bakal Setiausaha Syarikat untuk memudahkan segala urusan kemudian hari. Setiausaha Syarikat adalah orang penting dan sebahagian daripada keluarga perniagaan yang anda bakal jalankan.

 

5. Proses Penubuhan Bermula.

 

 

Setiausaha Syarikat akan memperbadankan syarikat anda selepas carian nama selesai. Tempoh masa  siap biasanya adalah antara 1 hingga 7 hari bekerja. Setelah selesai, SSM akan mengeluarkan dokumen-dokumen penting menurut Akta Syarikat 2016 seperti Seksyen 14, Seksyen 15, Seksyen 17 dan Seksyen 58 yang menggantikan dokumen-dokumen seperti Borang 9, Borang 24, Borang 49 dan sebagainya.

 

6. Perjalanan Perniagaan Anda Bermula.

 

 

Apabila semua dokumen diterima daripada Setiusaha Syarikat, anda bolehlah membuka akaun semasa dimana- mana bank.

Jangan lupa untuk bina hubungan baik dengan Setiausaha Syarikat anda dengan berkongsi info-info terkini berkenaan pematuhan dan undang-undang syarikat.

TERKINI !

Selepas Akta Syarikat 2016 di umumkan, Usahawan kini boleh menubuhkan sendiri syarikat dengan mendaftar sebagai pengguna di laman sesawang www.ssm.com.my . Hubungi kami untuk maklumat lanjut 019-6053938.