GST – Kelebihan Sistem GST Untuk Usahawan

GST – Kelebihan Sistem GST Untuk Usahawan

Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST)

Sistem GST adalah lebih efisyen, berkesan dan telus. Dengan GST pada kadar 6% pengilang akan menjual baju itu pada harga RM106.00 kepada pemborong. Cukai yang dibayar pemborong adalah RM6.00 yang dikutip oleh pengilang bagi pihak kerajaan. Di sini, walaupun pemborong telah membayar RM6.00 untuk GST kepada pengilang, RM6.00 tersebut boleh dituntut kembali dari kerajaan. Oleh itu kos pemborong kekal pada RM100.00.

Sekiranya pemborong ingin membuat keuntungan sebanyak 20%, maka harga jualan pemborong kepada peruncit hanyalah sebanyak RM120.00 dan bukan RM132.00 seperti dibawah Cukai Jualan. Dengan harga jualan RM120.00, GST yang dikenakan ialah RM7.20.

Di peringkat seterusnya, sekiranya peruncit ingin membuat 30% keuntungan dari harga RM120.00 tadi, maka baju tersebut akan dijual pada harga RM165.00 kepada pengguna.

Dalam contoh ini kita dapat lihat bagaimana harga baju tersebut akhirnya menjadi lebih rendah.

SST (Sales and Service Tax) mempunyai kelemahan yang tidak boleh diperbaiki. Sebagai jalan penyelesaian kita perlu menyusun semula sistem percukaian negara untuk menjadi lebih efisyen, berkesan dan telus. Inilah kelebihan sistem GST. Dengan GST pengguna akan tahu berapa cukai yang dibayar pada setiap pembelian. Peniaga juga tidak boleh mengelak daripada membayar cukai dengan melakukan pindahan harga (Transfer pricing).

Kadangkala kita juga dikenakan sejenis lagi pembayaran ketika mendapatkan perkhidmatan, iaitu caj perkhidmatan atau service charge terutamanya di restoran atau hotel. Caj perkhidmatan tersebut bukan GST. Caj perkhidmatan pada kadar 10% adalah amalan yang dipraktikkan oleh industri hospitaliti.

Caj ini dikutip oleh pemberi perkhidmatan sebagai dana terkumpul mereka sendiri untuk diagihkan kepada pekerja. Caj ini dianggap sebagai satu bayaran tips. Ini bukan cukai yang dikutip bagi pihak kerajaan. Terpulang kepada pengguna sama ada ingin terus mendapatkan perkhidmatan daripada perniagaan yang mengenakan caj perkhidmatan ini.

Elak perniagaan anda dari didenda. Dapatkan khidmat professional untuk melancarkan urusan GST syarikat anda.Syarikat kesetiausahan seperti Smartrich akan membantu para usahawan melaksanakan GST(Good and Services Tax). Antara servis yang ditawarkan adalah :

  • Pendaftaran GST di Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
  • Semakan dan serahan pulangan GST.
  • Mengira GST untuk tujuan pemulangan.
  • Rayuan dan pembayaran balik GST.
  • Menasihati pematuhan dan keperluan GST.

Untuk maklumat lanjut, boleh terus ” whatsapp” Smartrich DISINI.

Atau boleh hubungi HQ Smartrich di No.:
019-6053938
03- 3341 2682 (Pejabat)
03- 3358 3914 (Pejabat)

Peniaga didenda gagal lapor pendapatan pada LHDN

Peniaga didenda gagal lapor pendapatan pada LHDN

KOTA BHARU – Seorang pemilik kedai cermin mata di sebuah pusat membeli belah, di sini, didenda RM12,500 mahkamah majistret, di sini, hari ini ke atas empat tuduhan tidak melaporkan pendapatan syarikat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Majistret Ahmad ‘Adha Amir Yaseer Amri turut memerintahkan tertuduh, Raja Anuar Raja Mansor, 42, membayar penalti khas berjumlah RM265,310.78 selain membayar cukai tambahan RM132,655.85 kepada LHDN selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap kesalahan empat tahun berturut-turut itu.

Raja Anuar didakwa pada empat tuduhan masing-masing tidak melaporkan pendapatan yuran pengurusan yang diperoleh dari Syarikat Idaman Sigma Sdn Bhd dengan jumlah keseluruhan RM577,786 yang boleh dikenakan cukai tambahan RM132,655.85 pada borang nyata cukai pendapatan individu (BE) Tahun Taksiran 2007, 2008, 2009 dan 2010.

Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 dan hendaklah membayar penalti  khas sebayak dua kali ganda amaun cukai yang dikenakan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Peguam Kanan Hasil LHDN, Norzilah Abd Hamid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada prosiding itu, Norzilah memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman berat atas alasan tertuduh melakukan kesalahan tersebut dalam tempoh empat tahun berturut-turut sejak 2007.Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya merayu supaya hukumannya diringankan selain memohon tempoh bayaran balik yang lebih panjang.

Ahmad Adha kemudian memerintahkan hukuman penjara selama 12 bulan sekiranya denda gagal dijelaskan, sebaliknya tertuduh melunaskan denda itu.

SUMBER DAN GAMBAR DARI SINAR HARIAN. 

Bagaimana Menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad?

Bagaimana Menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad?

Pernahkan anda mendengar Syarikat Sendirian Berhad? Apa bezanya dengan syarikat Berhad? Apa pula kelebihannya berbanding Perkongsian atau Enterprise? Mungkin bagi anda yang baru pasang anggan-anggan ingin berniaga, sedang giat mencari maklumat ini kan? Hari ini smartrich ingin kongsikan akan beberapa perkara tentang Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.)

Ciri-Ciri untuk Syarikat Sendirian Berhad:

  • Dikawal dibawah Akta Syarikat 1965 (Sekarang Akta Syarikat 2016).
  • Sekurang-kurangnya 2 orang Pengarah Syarikat diperlukan (Namun, sekarang 1 orang Pengarah dibenarkan).
  • Dimiliki oleh pemegang saham 2 hingga ke 50 orang sahaja.
  • Pengarah syarikat mempunyai liabiliti yang terhad.
  • Pemegang saham yang mempunyai 51% atau lebih daripada jumlah saham syarikat berhak untuk mengawal syarikat tersebut.
  • Saham syarikat boleh dijual beli tetapi tidak boleh dijual di pasaran yang terbuka.
  • Saham syarikat tidak boleh dipasarkan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Untuk menubuhkan Syarikat Sendirian Berhad anda perlu ikut langkah seperti ini:

1. Lantik Setiausaha Syarikat.

 

Setiausaha Syarikat yang bertauliah boleh samada Ahli Badan Profesional seperti MIA, MAICSA, Bar Council dan Licensed Secretary yang diperoleh daripada SSM.

 

2. Sediakan Maklumat Tertentu.

 

 

Anda perlu fikir-fikirkan.

  • Cadangan nama syarikat.
  • Aktiviti perniagaan yang bakal dijalankan (maksimum 3 aktiviti).
  • Akaun bank yang akan dibuka (Nama Bank dan Alamat Bank).

 

3. Sediakan Dokumen Sokongan.

 

 

  • Salinan kad pengenalan bakal pengarah.
  • Salinan kad pengenalan bakal pemegang saham.
  • Salinan pasport dan visa (Bagi Warga Asing).

 

4. Buat Temujanji Dengan Bakal Setiusaha Syarikat Pilihan Anda.

 

 

Sebaiknya anda bersemuka dengan bakal Setiausaha Syarikat untuk memudahkan segala urusan kemudian hari. Setiausaha Syarikat adalah orang penting dan sebahagian daripada keluarga perniagaan yang anda bakal jalankan.

 

5. Proses Penubuhan Bermula.

 

 

Setiausaha Syarikat akan memperbadankan syarikat anda selepas carian nama selesai. Tempoh masa  siap biasanya adalah antara 1 hingga 7 hari bekerja. Setelah selesai, SSM akan mengeluarkan dokumen-dokumen penting menurut Akta Syarikat 2016 seperti Seksyen 14, Seksyen 15, Seksyen 17 dan Seksyen 58 yang menggantikan dokumen-dokumen seperti Borang 9, Borang 24, Borang 49 dan sebagainya.

 

6. Perjalanan Perniagaan Anda Bermula.

 

 

Apabila semua dokumen diterima daripada Setiusaha Syarikat, anda bolehlah membuka akaun semasa dimana- mana bank.

Jangan lupa untuk bina hubungan baik dengan Setiausaha Syarikat anda dengan berkongsi info-info terkini berkenaan pematuhan dan undang-undang syarikat.

TERKINI !

Selepas Akta Syarikat 2016 di umumkan, Usahawan kini boleh menubuhkan sendiri syarikat dengan mendaftar sebagai pengguna di laman sesawang www.ssm.com.my . Hubungi kami untuk maklumat lanjut 019-6053938.

4 Sebab Pentingnya Akaun Untuk Usahawan, Peniaga Dan Syarikat

4 Sebab Pentingnya Akaun Untuk Usahawan, Peniaga Dan Syarikat

4 Sebab Pentingnya Akaun Untuk Usahawan, Peniaga Dan Syarikat.

Perakaunan amat penting baki usahawan, peniaga dan juga syarikat. Tidak kiralah perniagaaan tersebut hanya kecil-kecilan ataupun besar.

Dengan akaun sesebuah syarikat atau usahwan dapat mengetahui segala kewangan untung dan rugi dalam sebuah perniagaan. Sebahagian usahawan yang tidak merekodkan segala urus niaga hanya akan menganggarkan sahaja keuntungan atau rugi sesebuah perniagaan. Malah ada usahawan yang tidak tahu sama ada perniagaan mereka untung mahupun rugi.

Di sini ada 4 sebab kenapa akaun penting untuk usahawan, peniaga dan syarikat.

1. Alat Pengukur.

Apabila akaun telah lengkap dibuat samada oleh pekerja berkelulusan jaminan perakaunan atau pihak kerja seperti SMARTRICH, akaun tersebut boleh menjadi alat pengukur untuk menentukan perniagaan yang dijalankan selama ini samada untung atau rugi.

Bagaimana Caranya? Melalui laporan-laporan perakaunan seperti “Balance Sheet” ( Penyata Kunci Kira-Kira ), “Income Statement” ( Penyata Untung Rugi ), “Trial Balance” ( Imbangan Duga ) dari beberapa laporan lain yang admin akan kongsikan kemudian, suatu ukuran yang menyatakan tahap prestasi tahunan syarikat dan perniagaan dapat diketahui.

2. Dokumen Penting Bagi Mendapatkan Kelulusan Pinjaman.

Akaun yang lengkap merupakan dokumen utama yang akan diminta oleh pegawai bank apabila kita ingin membuat pinjaman daripada mana-mana institusi perbankan samada Bank Tempatan (CIMB, MAYBANK, PUBLIC BANK ) atau institusi  lain seperti MARA, TEKUN, MBSB, PNB dan sebagainya.

3. Cukai Dan Audit.

Semua rekod-rekod perakaunan syarikat perlu disimpan selama 7 tahun perakaunan. Ianya juga diperlukan bagi memudahkan urusan pengiraan cukai dan pengauditan.

Malah ianya perlu dihantar ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) pada setiap tahun.

4. Rancangan Masa Depan.

Akaun yang telah lengkap menjadi pengukur prestasi pada tahun tersebut di samping menjadi garis panduan untuk rancangan masa hadapan sesuatu perniagaan.

Contohnya jika seorang usahawan ingin mengeluarkan produk baru, maka rekod-rekod lampau kos-kos yang terlibat perlu dirujuk bagi mendapatkan gambaran kos yang terlibat.

 

7 Sebab Pentingnya Akaun Dalam Perniagaan

7 Sebab Pentingnya Akaun Dalam Perniagaan

7 Sebab Kenapa Pentingnya Akaun Dalam Perniagaan.

Rata-Rata peniaga masih tidak tahu akan kepentingan akaun dalam sesuatu perniagaan.Tidak kiralah perniagaan itu besar mahupun kecil.

Jika anda menganggap akaun bank itu adalah akaun yang menunjukkan kedudukan akaun perniagaan anda, bermakna tanggapan anda salah sama sekali.

Untuk mengetahui kedudukan kewangan bagi perniagaan anda, perlukan dokumen yang khas dan direkod secara berkala.

1. Imbangan Duga.

Di dalam imbangan duga kita sudah dapat mengenal pasti kedudukan aset, liabiliti, dan ekuiti syarikat. Imbangan duga amat penting sebelum kita memulakan sesuatu seperti, membuka cawangan baru, pelaburan, pinjaman dengan bank, dan juga memberi bonus kepada pekerja.

2. Penyata Aliran Tunai.

Fungsi penyata aliran tunai ini adalah menunjukkan pergerakan keluar dan masuk sesuatu perniagaan, projek atau produk kewangan.Segala dokumen yang berkaitan dengan tunai perlu dimasukkan atau direkodkan ke dalam penyata aliran tunai.

3. Penyata Untung Rugi.

Dalam penyata untung rugi pula adalah untuk mengetahui lebih tepat lagi kedudukan perniagaan sama ada pada bulan atau tahun tersebut kita untung mahupun rugi.

4. Mengenalpasti Kedudukan Kewangan Syarikat/Perniagaan.

Dengan adanya akaun, secara tidak langsung peniaga akan dapat mengenalpasti kedudukan kewangan dan peniaga dapat mengelakkan daripada membuat pembelian yang tidak sesuai pada masanya dan dapat mengelak daripada masalah aliran tunai.

Jika peniaga tidak dapat mengenal pasti kedudukan kewangan syarikat, akan menyebabkan transaksi di bank akan disekat kerana masalah baki bank yang tidak mencukupi.

5. Pinjaman Mudah Diluluskan.

Dengan membuat akaun secara berkala, secara tidak langsung untuk membuat pinjaman daripada bank mudah diluluskan.Selain itu, syarikat perlu menyediakan akaun yang terkini kepada pihak bank untuk dinilai sama ada pinjaman dapat diluluskan ataupun tidak.

Jika segala dokumen akaun tersusun, akan memudahkan lagi pihak bank untuk meluluskan pinjaman berbanding jika membawa akaun tahunan.

6. Merancang Risiko Kerugian.

Keputusan yang dilakukan oleh syarikat mestilah bijak dan mengetahui risiko yang bakal dihadapi.Apabila sudah mempunyai akaun yang dibuat secara berkala lebih mudah untuk mengenalpasti aliran tunai keluar dan masuk, pinjaman hutang yang masih ada ataupun pemiutang.

Semuanya dapat dikenal pasti jika mempunyai akaun yang direkod secara berkala dan juga dapat mengurangkan risiko bankrup.

7. Boleh Menggunakan Kepakaran Seperti Syarikat Setiausaha Berpengalaman.

Dunia perniagaan semakin berkembang pesat dan semakin banyak peraturan dan undang-undang yang telah dan akan diperkenalkan. Peranan Setiausaha Syarikat agar lebih efektif dan juga selaras dengan perkembangan Akta Syarikat yang semakin bergerak kehadapan.

Setiausaha Syarikat berperanan untuk membimbing dan memberi nasihat kepada pekara-pekara yang berkaitan dengan Syarikat dan juga Lembaga Pengarah.Setiap syarikat dan ahli pengarah perlu menyimpan rekod perakaunan dan rekod untung rugi. Merujuk Seksyen 169 Akta Syarikat, akaun-akaun ini perlu dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan.

Syarikat setiausaha seperti “SMARTRICH” , adalah salah sebuah syarikat setiausaha yang mempunyai garis panduan dan prosedur yang betul dipatuhi selaras dengan M & A Syarikat yang tertera dan juga Akta Syarikat. 1965.

Ketahui 4 Jenis Laporan Audit

Ketahui 4 Jenis Laporan Audit

4 Jenis Laporan Audit

Bagi sesetengah pengarah syarikat yang telah beberapa tahun menjalankan perniagaan, mungkin ‘familiar’ dengan jenis-jenis laporan audit. Namun bagi yang pertama kali mendengar perkataan ini, admin ingin berkongsi berkenaan 4 jenis laporan audit yang biasa dikeluarkan oleh auditor setelah kerja-kerja pengauditan dilakukan.

1.Pernyataan tanpa syarat

Selalunya dipanggil pendapat yang bersih, pendapat yang tidak memenuhi syarat adalah laporan audit yang dikeluarkan apabila seorang juruaudit menentukan bahawa setiap rekod kewangan yang disediakan oleh perniagaan kecil bebas dari sebarang salah nyata.

Di samping itu, pendapat yang tidak layak menunjukkan bahawa rekod kewangan telah dikekalkan selaras dengan piawaian yang dikenali sebagai Prinsip Perakaunan Umum yang Diterima (GAAP). Ini adalah jenis laporan terbaik yang boleh diterima oleh perniagaan. Lazimnya, laporan yang tidak lengkap mengandungi tajuk yang merangkumi perkataan “bebas.”

Ini dilakukan untuk menggambarkan bahawa ia telah disediakan oleh pihak ketiga yang tidak berat sebelah. Tajuknya diikuti oleh badan utama. Terdiri daripada tiga ayat, badan utama menyoroti tanggungjawab juruaudit, tujuan audit dan penemuan juruaudit. Juruaudit menandatangani dan tarikh dokumen itu, termasuk alamatnya.

2.Pernyataan bersyarat

Dalam keadaan apabila rekod kewangan syarikat tidak dikekalkan mengikut GAAP tetapi tiada salah nyata dikenal pasti, seorang juruaudit akan mengeluarkan pendapat yang berkelayakan.

Penulisan pendapat yang berkelayakan amat serupa dengan pendapat yang tidak layak. Walau bagaimanapun, pendapat yang berkelayakan akan memasukkan perenggan tambahan yang menyoroti sebab mengapa laporan audit tidak layak.

3.Pendapat yang bertentangan

Laporan kewangan yang paling teruk yang boleh dikeluarkan untuk perniagaan adalah pendapat yang buruk. Ini menunjukkan bahawa rekod kewangan syarikat tidak mematuhi GAAP. Di samping itu, rekod kewangan yang disediakan oleh perniagaan telah terlalu salah diwakili.

Walaupun ini mungkin disebabkan oleh kesilapan, ia sering menunjukkan penipuan. Apabila laporan jenis ini dikeluarkan, syarikat mesti membetulkan penyata kewangannya dan membuatnya diaudit semula, kerana para pelabur, pemberi pinjaman dan pihak pemohon lain pada umumnya tidak menerimanya.

4.Penolakan Pendapat

Pada beberapa ketika, seorang juruaudit tidak dapat melengkapkan laporan audit yang tepat. Ini mungkin berlaku untuk pelbagai sebab, seperti ketiadaan rekod kewangan yang sesuai. Apabila ini berlaku, juruaudit mengeluarkan penafian atau penolakan pendapat, menyatakan bahawa pendapat status kewangan syarikat boleh tidak ditentukan.

Ada soalan? Tinggalkan soalan anda diruangan komen dibawah.