by smartrich | Company Registration

Syarikat sendirian berhad (sdn. bhd.) merupakan salah satu dari dua jenis syarikat berhad dengan saham yang terdapat di Malaysia.
Untuk menubuhnya, anda perlu terlebih dahulu melantik syarikat setiausaha bertauliah yang akan membantu menubuhkan syarikat sdn bhd anda dari A-Z.
Pun begitu, sebelum berjumpa dengan syarikat setiausaha, anda dinasihatkan untuk menyediakan dokumen dan maklumat tertentu bagi melicinkan proses penubuhan syarikat anda.
Maklumat yang diperlukan seperti:
1) Cadangan nama syarikat (minimum 3 nama).
2) Cadangan aktiviti perniagaan syarikat (maksimum 3 aktiviti).
3) Cadangan akaun bank syarikat (minimum 1 bank)/ Jika tiada pun tidak apa.
4) Alamat tempat tinggal bakal pengarah syarikat (jika berbeza dengan KP).
5) Alamat tempat tinggal bakal pemegang saham syarikat (jika berbeza dengan KP).
Dokumen sokongan lain yang diperlukan adalah seperti:
1) Salinan kad pengenalan bakal pengarah syarikat.
2) Salinan kad pengenalan bakal pemegang saham syarikat.

Setelah semua maklumat dan dokumen yang dinyatakan diatas anda sediakan, buat temujanji untuk berjumpa dengan syarikat setiausaha pilihan anda.
Sesetengah syarikat setiausaha menghendaki bayaran penuh dibuat diawal proses penubuhan manakala sesetengah yang lain membenarkan anda membuat pembayaran deposit sahaja bagi memulakan proses penubuhan.
Tempoh diantara 5 ke 10 hari bekerja diperlukan untuk syarikat setiausaha menyiapkan proses penubuhan syarikat sdn bhd anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Diakhir proses diatas, SSM akan mengeluarkan sijil penubuhan syarikat sdn bhd (Seksyen 17) menandakan syarikat sdn bhd anda telah tertubuh dengan jayanya. Sebelum menyerahkan sijil tersebut kepada anda, syarikat setiausaha kebiasaannya akan menyediakan dokumen lengkap syarikat seperti :
1) Seksyen 58 (Butir-butir pendaftaraan pengarah, pengurus dan setiausaha syarikat)
2) Seksyen 78 (Pulangan perumpukan saham)
3) Seksyen 46 (Notis alamat pejabat berdaftar)
Kesemua sijil dan dokumen lengkap syarikat diatas akan diserahkan oleh syarikat setiausaha kepada anda.
Dengan penerimaan kesemua sijil-sijil, menandakan syarikat sdn bhd anda telah siap tertubuh dan sedia untuk dijalankan.
by smartrich | Taxation

Zakat perniagaan adalah harta daripada hasil dapatan perniagaan sama ada dari segi perlombongan, pembuatan, perikanan, pembekalan, perkapalan, perkhidmatan , pertanian atau sebagainya untuk tujuan diperniagakan sama ada dalam bentuk pekongsian, persendirian, perniagaan semua jenis syarikat, perniagaan saham, koperasi dan sebagainya.
Zakat perniagaan yang wajib dikeluarkan hanyalah 2.5% daripada hasil pendapatan perniagaan apabila sudah cukup haul.
Firman Allah s.w.t:
“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”
– Surah al-Baqarah (ayat 267) –
Allah menjelaskan dalam ayat ini bahawa segala pekerjaan kebaikan perlulah mengeluarkan zakat.
Kaedah Dalam Pengiraan Zakat Perniagaan.
1. Kaedah Modal Berkembang “Growth Model”.
Kaedah ini mengambil kira ekuiti pemilik perniagaan yang dijalankan, sumber pembiayaan kewangan dan pelarasan sama ada perlu dicampur atau sebaliknya.
Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa +/-Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat
2. Kaedah Modal Kerja “Working Capital”.
Kaedah ini mengambil kira kedudukan harta semasa perniagaan dan ditolak tangunggan semasa perniagaan dan juga dibuat beberapa pelarasan berkaitan dengan zakat.
Aset Semasa -Liabiliti Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat
Pelarasan
1.Ditolak Daripada Aset Semasa.
Perkara yang perlu dibuat pelarasan semasa mengira harta semasa.
- Barang-Barang yang tidak wajib dizakatkan.
Barang-Barang daripada hasil sumber yang haram seperti judi, penjualan arak dan riba.
Wang yang dipinjamkan akan dikenakan zakat ke atas si peminjam dengan ciri milik sempurna kerana aset tersebut telah berpindah milik.
Bayaran seperti bil air, bil eletrik, deposit telefon dan seumpanya perlulah ditolak kerana tidak memenuhi syarat hak milik sempurna.
- Produk mestilah yang produktif.
Stok lupus,hutang lapuk dan penurunan nilai ketara dan kekal perlu ditolak semasa pengiraan harta semasa.
- Zakat tidak akan dikira dua kali.
Nilai dividen yang sudah ditolak atau sudah dinilai oleh syarikat yang dilaburkan atau sudah ditolak.
- Tabung bagi sifat kebajikan.
Tabung bagi tujuan khairat, pendidikan yang terdapat dalam aset semasa akan dikecualikan.
Walaubagaimanapun tabung kebajikan seperti Qardhul Hassan, amaun yang dikecualikan hanyalah nilai pokok sahaja manakala bagi tabung kebajikan yang bersifat ‘hangus’ melalui derma, khairat maka nilai tabung sahaja dikecualikan.
Barangan mentah atau separuh siap tidak akan diambil kira, hanya bahan akhir ataupun yang sudah siap sahaja akan diambil kira.
2. Dicampur Tangunggan Semasa.
Menurut pandangan Imam Syafie – Tidak ada syarat hutang sama ada layak nisab ataupun tidak. Hutang kewangan yang bukan liabiliti perdagangan tidak menghalang daripada membayar zakat:
Bagi memenuhi nisab, liabiliti semasa yang boleh ditolak adalah yang ianya bersifat operasi sahaja termasuk:
- Pemiutang Perdagangan (Trade Creditors).
- Kos operasi (Operation Payables) seperti gaji, elektrik, telefon.
- Cukai.
Item yang tidak dibenarkan ditolak dalam pelarasan adalah:
- Bukan berbentuk operasi peniagaan seperti ‘financial loan’ dan pengkelasan semula pinjaman berkala.
- “Overdraf”.
- Pajakan Kewangan atau modal ( capital lease / financial ).
- “Dividen Payable” ( dividen yang dicadangkan ).
by smartrich | Public

Menjadi usahawan yang berjaya bukanlah mudah. Kerana dalam dunia perniagaan mempunyai banyak rintangan dan risiko yang tersendiri. Jika seorang usahawan itu melihat seorang usahawan yang sudah berjaya dan cuba untuk menirunya, nescaya perniagaan anda tidak akan maju seperti usahawan yang anda cuba untuk mengikut jejak langkahnya.
Kerana jika anda meneliti seorang usahawan yang berjaya anda boleh lihat zaman gelap seseorang usahawan tersebut. Anda perlu mengkaji lebih dalam tentang zaman lampau usahawan yang anda ingin contohi. Jika anda mengkaji ataupun bertanya mesti anda terperanjat bahawa usahawan tersebut sebelum berjaya mereka pernah membuka banyak perniagaan tetapi gagal, kegagalan tersebut yang memberikan pengajaran dan pengalaman sehingga mereka berjaya.
Admin mengambil contoh Sir Richard Branson yang membangunkan jenama Virgin dan mempunyai lebih 400 buah syarikat dan mempunyai pelbagai industri yang berbeza seperti:
- Virgin Money (Perbankan)
- Virgin Records (Syarikat Rakaman)
- Virgin Mobile (Telekomunikasi)
Kata-Kata yang diguna pakai untuk menjadi teladan kepada usahawan lain adalah:-
” If you haven’t failed yet, you haven’t been in the business long enough..
– Sir Richard Branson
Sir Richard Branson telah menjalankan banyak perniagaan yang tidak menguntungkan tetapi Sir Richard Branson tidak mengalah dan terus mencari peluang dan membuat perniagaan yang lain di sini ada 4 perniagaan yang pernah dijalankan dan gagal.
1.Virgin Cola

Virgin Cola adalah kegagalan Sir Richard Branson yang terbesar dan juga Sir Richard Branson juga tidak akan melupakan sama sekali.
Sir Richard Branson cuba untuk membuka satu perniagaan seperti syarikat-syarikat yang ternama tetapi malangnya syarikat-syarikat besar sudah pun menjatuhkan Virgin Cola dan juga rasa Virgin Cola sama seperti dari pada situ Sir Richard Branson mendapat pengajaran bahawa jangan memandang rendah bahawa syarikat yang besar tidak akan memeperdulikan dan jika produk yang dihasilkan tiada keunikan produk tersebut tidak akan mendapat sambutan hangat.
2. Virgin Express

Virgin Express bermula pada tahun 1996 di Brussels. Virgin Express merupakan syarikat penerbangan dengan tambang yang murah dan ketika itu syarikat ini cuba untuk bersaing dengan syarikat EasyJet.
Namun begitu, Syarikat ini tidak dapat untung menampung perbelanjaan dan juga telah mengalami kerugian, Syarikat Virgin Express terpaksa ditutup pada tahun 2006 dan kini ditukar nama kepada Brussels Airline.
Klik sini untuk dapatkan servis perakaunan syarikat, setiausaha syarikat, percukaian dan SST.
3. Virgin Bride

Virgin Bride dilancarkan pada tahun yang sama Virgin Express iaitu 1996. Virgin Bride menawarkan pakaian-pakaian pengantin malah Sir Richard Branson adalah model untuk pakaian pengantin.
Namun perniagaan Virgin Bride tidak dapat keuntungan kerana persaingan yang kompetitf dengan syarikat pakaian pengantin yang lain. Perniagaan ini terpaksa ditutup pada tahun 2007 akibat kerugian yang besar.
4. Virgin Vie

Virgin Vie ini merupakan jenama yang menjual barang-barang komestik secara online dari rumah ke rumah. Tetapi perniagaan tersebut tidak dapat sambutan hangat dan kini telah ditukar nama kepada ” Virgin Vie At Home” dan cara jualan juga ditukar secara langsung.
Ini antara faktor kegagalan usahawan yang kini sudah pun menjadi Billionnaire dan menjadi salah seorang tokoh usahawan dalam dunia perniagaan. Untuk menjadi usahawan yang berjaya jangan dilihat akan kejayaannya tetapi lihatlah pada kegagalan yang mereka sudah lalui.
by smartrich | Public


credit image: @thekatoshka
Usahawan Muda yang dipanggil Hasif Othman, 26 merupakan graduan Royal Merboune Institute Technology ( RMIT ) Melbroune, yang berasal dari Singapura. Beliau mengambil jurusan dalam bidang ekonomi dan kewangan namun mempunyai cita-cita untuk mempunyai perniagaannya sendiri.
Hasif mengambil peluang dalam dunia perniagaan menjual makanan sementara sektor-sektor perniagaan lain mengalami masalah disebabkan ekonomi yang tengah merundum. Perniagaan yang dijalankan oleh Hasif adalah perniagaan menjual kentang goreng. Beliau mendapat idea untuk menjual kentang goreng adalah ketika berborak dengan kawan dan beliau mendapati idea ini bernas dan boleh untuk dijalankan.
Hasif dengan bermodalkan SGD 10,000 ( RM 31,500 ) daripada wang simpanan dan juga bantuan daripada ibu dan bapa beliau, Hasif mengambil masa 4 bulan untuk menghasilkan resepi istimewa dan memilih perniagaan yang paling efektif. Menurut beliau ” Katoshka ” diambil kerana untuk jenamanya kelihatan seperti jenama antarabangsa. Katoshka diambil dari perkataan Rusia yang bermaksud kentang.
Klik sini untuk dapatkan servis perakaunan syarikat, pembayaran kwsp, “submit ” kastam.


credit image: @thekatoshka
Kentang goreng ” Katoshka ” ini diinspirasikan oleh kentang goreng Amsterdam. Kentang yang digunakan oleh jenama Katoshka ini adalah kentang yang berkualiti tinggi kentang Russet yang diimport daripada Amerika Syarikat. Kentang tersebut dipotong dan digoreng dua kali agar kentang tersebut lebih garing, dan dihidang dalam cawan kertas beserta sos yang istimewa.

credit image: @thekatoshka
Pada permulaan perniagaan Hasif menempuhi cabaran yang sukar, beliau menjual di pasar malam dan ketika itu sistem operasi masih dalam keadaan yang tidak memberangsangkan. Mereka perlu meminta nombor telefon pelanggan kerana hidangan siap dalam 30-40 minit disebabkan ketika itu mereka mempunyai 2 penggoreng sahaja dan pulangan yang amat rendah. Namun pada minggu kedua perniagaan mereka menjadi semakin rancak kerana mendapat bantuan publisiti daripada media massa dan juga sokongan ibu bapa dan rakan-rakan.
Kini pulangan yang beliau dapat setiap hari diantara RM4,700 hingga RM6,300 mengikut lokasi tertentu. Dengan purata 300 cawan dijual setiap hari.
Nasihat yang Hasif berikan untuk usahawan-usahawan yang baru dan mahu mencuba dalam dunia perniagaan adalah:-
“Terus mulakan, jangan takut. Kita dapat belajar di sepanjang jalan. Tak kisahlah apa pun hasilnya, pengalaman yang kita dapat itu akan menjadikan kita lebih baik di masa hadapan.
by smartrich | Bernama
sumber UMT
KUALA LUMPUR, Aug 25 (Bernama) — The Malaysian Institute of Accountants (MIA) has appointed Salihin Abang as President and Datuk Narendra Kumar Jasani as Vice-President, effective today.
“Salihin Abang succeeded Datuk Mohammad Faiz Azmi, whose term ended on July 26, 2017, while Narendra succeeded Datuk Zaiton Mohd Hassan, whose term ended on July 15, 2017,” said MIA in a statement today.
Salihin, who is the Founder and Managing Partner of SALIHIN, was elected as MIA Council member on Sept 19, 2015.
He is also the president of the Malaysian Accounting Firms Association, a member of the Association of Malay Chartered Accountants Firms committee, a member of Malaysian Association of Tax Accountants, a fellow member of Chartered Tax Institute of Malaysia and an associate member of Certified Practicing Accountant (Australia).
Salihin received his Bachelor of Accounting from International Islamic University Malaysia in 1997 and obtained his Masters of Science in Accounting from the same university in 2008.