Syarikat sendirian berhad (sdn. bhd.) merupakan salah satu dari dua jenis syarikat berhad dengan saham yang terdapat di Malaysia.

Untuk menubuhnya, anda perlu terlebih dahulu melantik syarikat setiausaha bertauliah yang akan membantu menubuhkan syarikat sdn bhd anda dari A-Z.

Pun begitu, sebelum berjumpa dengan syarikat setiausaha, anda dinasihatkan untuk menyediakan dokumen dan maklumat tertentu bagi melicinkan proses penubuhan syarikat anda.

Maklumat yang diperlukan seperti:

1) Cadangan nama syarikat (minimum 3 nama).
2) Cadangan aktiviti perniagaan syarikat (maksimum 3 aktiviti).
3) Cadangan akaun bank syarikat (minimum 1 bank)/ Jika tiada pun tidak apa.
4) Alamat tempat tinggal bakal pengarah syarikat (jika berbeza dengan KP).
5) Alamat tempat tinggal bakal pemegang saham syarikat (jika berbeza dengan KP).

Dokumen sokongan lain yang diperlukan adalah seperti:

1) Salinan kad pengenalan bakal pengarah syarikat.
2) Salinan kad pengenalan bakal pemegang saham syarikat.

Setelah semua maklumat dan dokumen yang dinyatakan diatas anda sediakan, buat temujanji untuk berjumpa dengan syarikat setiausaha pilihan anda.

Sesetengah syarikat setiausaha menghendaki bayaran penuh dibuat diawal proses penubuhan manakala sesetengah yang lain membenarkan anda membuat pembayaran deposit sahaja bagi memulakan proses penubuhan.

Tempoh diantara 5 ke 10 hari bekerja diperlukan untuk syarikat setiausaha menyiapkan proses penubuhan syarikat sdn bhd anda di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Diakhir proses diatas, SSM akan mengeluarkan sijil penubuhan syarikat sdn bhd (Seksyen 17) menandakan syarikat sdn bhd anda telah tertubuh dengan jayanya. Sebelum menyerahkan sijil tersebut kepada anda, syarikat setiausaha kebiasaannya akan menyediakan dokumen lengkap syarikat seperti :

1) Seksyen 58 (Butir-butir pendaftaraan pengarah, pengurus dan setiausaha syarikat)
2) Seksyen 78 (Pulangan perumpukan saham)
3) Seksyen 46 (Notis alamat pejabat berdaftar)

Kesemua sijil dan dokumen lengkap syarikat diatas akan diserahkan oleh syarikat setiausaha kepada anda.

Dengan penerimaan kesemua sijil-sijil, menandakan syarikat sdn bhd anda telah siap tertubuh dan sedia untuk dijalankan.

Have a question?

Fields marked with an * are required

15 + 8 =

HOME     |     ABOUT US     |     CONTACT US     |     SITE MAPS     |     DISCLAIMER

Hotline

019-6053938
03- 3341 2682 ( Office Klang Sentral )
03- 3358 3914 ( Office Klang Sentral )

Address

HQ
No. 15-1, Jalan Klang Sentral 10/KU5, Taman Klang Sentral, KLANG SENTRAL, 41050 Klang, Selangor Darul Ehsan

SETIA ALAM
No. 60-G, Jalan Setia Perdana BB U13/BB, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

PENAFIAN : SMARTRICH Corporate Services Sdn. Bhd. (975102-T) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam halaman ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome Terkini & Mozilla Firefox versi 3 resolusi 1024 x 768

Copyright 2017 Corporate Centre @ KLANG SENTRAL SMARTRICH Corporate Services Sdn. Bhd. (975102-T)

Share This

Share This

Share this post with your friends!