Jenis-jenis kerugian yang Bisnes Owner patut elak.

Jenis-jenis kerugian yang Bisnes Owner patut elak.

Faktor yang menyebabkan kerugian dalam berbisnes korang kena tahu. Banyak bisnes dekat luar sana yang terpaksa gulung tikar hanya beberapa tahun selepas dimulakan. Lebih buruk, ada perniagaan yang terpaksa ditutup hanya setelah beberapa bulan beroperasi. Perniagaan yang baru beroperasi tidak sepatutnya gulung tikar dalam masa yang singkat. Kena kaji semula di mana silap anda jangan biarkan bisnes terus melingkup.

 

Tahu tak bahawa 70 peratus perniagaan yang memiliki mentor mampu untuk bertahan melebihi lima tahun berniaga. Adakah anda masih teragak-agak untuk menjadi sebahagian daripada ‘Keluarga 70 peratus’ tersebut?

 

Dekat sini Sakina senaraikan 5 Jenis- jenis kerugian yang bisnes owner patut elak.

 

1. Kerugian sebab tak nak pegi belajar/ cari ILMU

  • Kita perlu menuntut ilmu tentang organisasi, ilmu tentang perundangan dan akta-akta perniagaan
  •  Apabila kita tiada ilmu, ianya akan menjejaskan produktiviti perniagaan, menyebabkan banyak kerugian dalam gerak kerja syarikat.
  • Penting untuk pengurus syarikat/perniagaan untuk mempunyai ilmu tentang human resources, pengurusan pekerja, hak-hak pekerja dan hak-hak majikan.
  • Ilmu dari sekolah sahaja tidak cukup untuk menjadi syarikat kita berjaya, ilmu perlu ditimba dari banyak sumber, dapatkan mentor dan bahan rujukan ilmu perniagaan.

 

2. Kerugian sebab tak nak cari guru/ mentor. 

  • Seorang pengurus syarikat perlu mencari guru yang betul kerana tidak semua boleh menjadi guru, jadi carilah guru yang boleh bimbing berkenaan dengan bidang kita.
  • Penting untuk mendapatkan ilmu dari orang yang lebih berpengalaman supaya tidak menanggung kesalahan yang sama oleh guru tersebut atau orang yang sama bidang tersebut.
  • Ketiadaan guru untuk dirujuk akan menyebabkan tiada siapa yang menunjukkan perkara yang betul dan perkara yang salah dan kita kemungkinan akan banyak mendapat kerugian atas usaha “try and error” yang kita lakukan.

 

3. Kerugian sebab tak nak invest untuk teknologi. 

  • Pengurus syarikat perlu peka dengan perkembangan teknologi semasa dan perlu bergerak mengikut arus teknologi yang terkini untuk mengelakkan kita ketinggalan.
  • Penggunaan teknologi akan membantu untuk mempercepatkan gerak kerja syarikat dan menyebabkan banyak masa dapat dijimatkan untuk perlaksanaan.
  • Penggunaan teknologi seperti software atau gajet canggih akan membantu untuk memudahkan perlaksanaan gerak kerja dan menjadikan gerak kerja akan jadi lebih teratur dan efisien.

 

4. Kerugian sebab suka buang masa.

  • Berilmu tapi tak beramal, ianya rugi.
  • Walaupun pergi berguru, pergi seminar, tapi tidak bertindak dan melaksanakan apa yang diperolehi dari guru kita, maka kita akan rugi kerana ibarat membuang masa sahaja pergi menuntut ilmu.
  • Masa adalah amanah dari Allah swt dan kita bertanggungjawab untuk menggunakan masa yang Allah kurniakan ini kearah yang bermanfaat dan mengembangkan lagi potensi diri serta syarikat.

 

5. Kerugian sebab matlamat tak jelas. 

  • Ramai pengurus perniagaan mengalami kerugian kerana gagal menulis matlamat, jadi matlamat perlu ditulis untuk kita lebih jelas apa yang kita nak capai.
  • Tulis matlamat supaya ianya dapat mengingatkan kita kembali kepada apa yang kita nak capai.
  • Jangan banyak complain kerana tidak tahu apa yang hendak dicapai kerana ianya ibarat menyalahkan takdir dari Allah swt, sebaliknya berusaha untuk mencipta apa yang hendak kita capai agar usaha yang kita buat selari dengan matlamat.

Jika busines owner dekat luar sana follow step yang Sakina share ni tak mustahil bisnes korang akan bertambah maju. Sebab ilmu bisnes tu sendiri penting nak jadi jutawan dalam bisnes kena ada usaha untuk majukan diri. Jadikan angan-angan nak jadi jutawan tu satu benda yang nyata. Semoga bisnes anda semua berkembang dengan maju Sakina doakan. Yang penting kena tahu matlamat kita dalam berbisnes.

Akta Syarikat 2016? Apa yang berubah?

Akta Syarikat 2016? Apa yang berubah?

A)  Tugas Pengarah Syarikat boleh dikelaskan kepada tugas fidusiari dan tugas statutori.

Tugas Fidusiari

  • Menurut Akta Syarikat 1965, tanggungjawab fidusiari ialah dengan menjalankan tugas dengan jujur dan kerajinan yang munasabah.

Tugas Statutori

  • Serah simpan ANNUAL RETURN
  • Simpan rekod perakaunan 7 tahun
  • Edarkan PENYATA KEWANGAN dan LAPORAN PENGARAH SYARIKAT dalam AGM
  • Lantik Juruaudit pertama
  • Lantik Setiausaha Syarikat

B)  Sementara itu, terdapat perubahan kepada akta syarikat 2016

#1 – Hanya seorang Pengarah dan Pemegang Saham

Sebelum kewujudan Akta Syarikat 2016, antara perkara wajib dalam pemerbadanan syarikat ialah minimum mempunyai 2 orang pengarah dan 2 pemegang saham. Dalam proses memudahkan pembukaan syarikat, SSM menetapkan hanya seorang sahaja sudah boleh membuka Sdn Bhd.

Bermaksud hanya seorang pemegang saham dan seorang pengarah sahaja sudah boleh memulakan proses pembukaan Sdn. Bhd.

Kelebihan yang diberi ini juga perlu diambil kesempatan oleh mereka yang berniaga secara perseorangan dan memerlukan entiti perniagaan berstatus Sdn Bhd dan memberi jalan penyelesaian pada syarikat yang mempunyai masalah dengan rakan kongsi mereka.

#2 – Tiada Harga Par untuk unit modal

Dalam Akta Syarikat 2016, tiada lagi sekatan untuk menetapkan jumlah RM untuk 1 unit modal berbayar. Bermakna selepas ini, 1 unit sudah menjadi pilihan pemegang saham untuk tetapkan berapa jumlah harga perunit syer syarikat mereka.

Sebelum ini, sebarang pembelian syer berbayar ditetapkan oleh SSM ialah RM1 untuk 1 unit syer.

#3 – Tiada lagi Modal Dibenarkan

Untuk Akta Syarikat 2016, tiada lagi wujud modal dibenarkan. Ini bermakna syarikat boleh mempunyai syer berbayar tanpa memikirkan jumlah modal dibenarkan sebagai tanda aras. Kemudahan ini diberikan untuk menjimatkan kos penubuhan syarikat dan memudahkan syarikat dalam meningkatkan modal berbayar.

Sebelum ini sering wujud kesukaran untuk naikkan modal berbayar melebihi tanda aras modal dibenarkan. Ini disebabkan perlu menunggu tingkatkan modal dibenarkan di SSM sebelum dapat tingkatkan modal berbayar. Kini proses meningkatkan modal berbayar tidak perlu mengambil masa yang lama dan mudah.

 #4 – Penyerahan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Beraudit

Dengan kewujudan Akta Syarikat 2016, tempoh untuk penyerahan laporan tahunan dan penyata kewangan sudah berubah. Selepas ini sebarang penyerahan laporan tahunan adalah mengikut tarikh penubuhan syarikat. Manakala penyerahan laporan kewangan beraudit adalah 6 bulan selepas tempoh akhir akaun syarikat ditutup.

Dengan kewujudan akta ini, boleh mengurangkan risiko kelewatan menghantar laporan tahunan ke SSM. Dimana kelewatan sering berlaku disebabkan tidak dapat menyiapkan penyata kewangan beraudit mengikut waktu yang telah ditetapkan.

#5 – Mesyuarat Tahunan “Annual General Meeting”

Untuk Akta Syarikat 2016, mesyuarat ini tidak wajib lagi dilaksanakan. Ini bermakna syarikat boleh memilih untuk melakukan mesyuarat tahunan atau tidak. Antara sebab akta ini dimansuhkan ialah disebabkan kewujudan kemudahan hanya seorang pengarah dan seorang pemegang saham sudah boleh ada dalam syarikat.

Dengan wujud kemudahan, sebarang keputusan hanya atas tanggungjawab seorang pengarah dan pemegang saham tersebut. Oleh sebab itu, SSM menetapkan tidak diwajibkan lagi untuk diadakan mesyuarat tahunan.

#6 – Proses Pemerbadanan Syarikat menggunakan sistem Mycoid dan pilih seorang Setiausaha Syarikat Bertauliah dalam masa 30 hari dari tarikh penubuhan.

Proses pemerbadanan Syarikat dipermudahkan lagi untuk Akta Syarikat 2016. Selain hanya seorang pengarah dan seorang pemegang saham. Pemilik boleh membuka Sdn Bhd tanpa perlu mengguna khidmat Setiausaha Syarikat Bertauliah. Pemilik boleh memilih untuk membuka Sdn Bhd dengan menggunakan sistem MYcoid yang diperkenalkan oleh SSM.

 Namun syarikat ini tetap perlu memilih seorang Setiausaha Syarikat Bertauliah dalam masa 30 hari dari tarikh ia diperbadanankan. Jika tidak ia akan menjadi kesalahan pada syarikat dan pengarah boleh dipertanggungjawab atas kesalahan tersebut. 

#7 – Tiada wajib untuk mempunyai cop meterai pemerbadanan “Common Seal

Sebelum wujud Akta Syarikat 2016, cop meterai pemerbadanan wajib ada untuk setiap syarikat yang berdaftar. Cop ini sering digunakan pada perjanjian serta sijil saham. Bermula 31 Januari 2017,

 Tiada kewajipan untuk syarikat mempunyai cop meterai pemerbadanan. Dengan wujudnya kemudahan ini, akan mengurangkan kos untuk pemerbadanan syarikat dan mengelakkan dari salahguna cop tersebut.

#8 – Sijil Syer/ sijil Saham tidak wajib untuk disediakan

Sijil Syer/ sijil Saham tidak lagi wajib untuk disediakan oleh setiausaha syarikat bertauliah. Ia menjadi pilihan sama ada pemegang saham tersebut ingin memiliki sijil tersebut atau tidak. Namun setiausaha syarikat diwajibkan untuk merekod nama pemegang saham tersebut didalam Buku Daftar Pemegang Saham “Register of Member”.
.

#9 – Tidak wajib sediakan Memorandum dan artikel

Memorandum ialah dokumen yang diperlukan untuk menentukan hubungan syarikat dengan luar. Manakala artikel ialah perlembangaan syarikat dan pengurusan dalaman syarikat. Ia menjadi kewajipan untuk disediakan dalam proses pemerbadanan syarikat. Namun dengan kewujudan Akta Syarikat 2016. memorandum dan artikel ini tidak lagi menjadi kewajipan untuk disediakan dalam proses pemerbadanan syarikat.

#10 – Tiada sijil pemerbadanan disediakan sebagai dokumen bukti pemerbadanan syarikat 

Dengan kewujudan Akta Syarikat 2016, tiada lagi sijil pemerbadanan disediakan sebagai dokumen bukti pemerbadanan syarikat tersebut. Namun pihak SSM belum menetapkan lagi bentuk notis yang akan disediakan untuk membukti pemerbadanan syarikat tersebut.

Dengan wujud beberapa perubahan dalam Akta Syarikat 2016, sememangnya memudahkan orang awam untuk memilih membuka Sdn Bhd dengan mudah. Dalam masa yang sama memberi peluang banyak pada usahawan untuk memilih entiti perniagaan yang sesuai.

Sebelum ini sering wujud kesukaran membuka Sdn Bhd disebabkan terlalu banyak prosuder dan peraturan yang menyukarkan. Diantara masalah yang wujud ialah kesalahan memilih rakan kongsi untuk dijadikan pengarah syarikat dan pemegang saham. Akta Syarikat 2016 ini telah mengambil kira banyak perkara yang berbangkit dan memikirkan penyelesaian masalah yang wujud.

BELI RUMAH GUNA NAMA SYARIKAT ATAU NAMA SENDIRI?

BELI RUMAH GUNA NAMA SYARIKAT ATAU NAMA SENDIRI?

Mungkin ada dikalangan kita sedang fikir-fikir nak beli rumah sekarang ni kan. Nak beli guna nama sendiri atau nak guna nama syarikat. Mana satu nak guna pun tak tahu, sebab dengar-dengar dari kawan guna nama syarikat lebih baik dari nama sendiri. Betulkah?

Kami di SMARTRICH selalu dihujani soalan-soalan dari klien berkenaan isu ini. So, hari ini admin nak kongsikan PRO & CONS membeli rumah menggunakan nama syarikat.

 

  1.  PRO (KEBAIKAN)
  • Nama sendiri akan BEBAS dari LIABILITI (TANGGUNGGAN) rumah tersebut.
  •  Boleh digunakan oleh syarikat untuk ‘refinance’ jika syarikat perlu membuat pinjaman bank suatu masa akan datang.
  • Boleh guna rumah tersebut untuk buat sewa kepada pekerja / pengarah dengan tujuan mendapatkan keuntungan. Buat Homestay pun boleh dengan syarat ada dimasukkan dalam M&A.
  •  Boleh masukkan segala perbelanjaan yang terlibat untuk rumah tersebut jika ia digunakan untuk pengarah dan pekerja. Perbelanjaan seperti cukai tanah dan selenggaraan.

2.  CONS (KELEMAHAN) 

  • Jika beli rumah atas nama syarikat, ELAUN MODAL rumah tersebut TIDAK BOLEH digunakan untuk kurangkan cukai.
  • bank akan lihat rekod pengarah dan pemegang saham, jika ada masalah dengan pihak bank, kemungkinan tidak lepas untuk pinjaman beli perumahan.

 

  •  Pinjaman hanya boleh dapat maksimun 60% ke 80% dari harga rumah, lebihnya kena topup duit sendiri.
  • Bila rumah hanya dijadikan tempat tinggal pengarah @ pekerja, tanpa sewa atau tiada untung, ia akan menjadi beban aliran tunai. Seterusnya ia akan menjadi tidak baik pandangan bank untuk suntikan modal seterusnya.
  • jika rumah diberi pada pengarah dan pekerja tanpa sewa, cukai tambahan pada individu tersebut akan dikenakan sebagai manfaat yang diberi oleh syarikat / benefit of kind
  • Jika syarikat diistihar bankrup, rumah tersebut perlu dijadikan sebagai aset yang perlu dilunaskan.
  •  Apabila nak jual rumah tersebut, perlu dapat persetujuan semua pengarah. Kadang-kadang sukar juga part ni. Setiausaha Syarikat yang pening.
  • yang paling kena tahu, kalau ia dalam kategori pelaburan, maka Cukai keuntungan harta tanah (CKHT) tetap dikenakan walaupun selepas 6 tahun pembelian.

 

  •  faedah pinjaman untuk beli rumah atas nama syarikat lebih tinggi dari beli atas nama individu
  •  perbelanjaan faedah pinjaman boleh tidak dibenarkan jika melebihi dari sekatan faedah yang ditetapkan. Ia wujud sebab perbelanjaan tersebut tiada kaitan dengan bisnes anda.
  • bayaran peguam untuk urusan jualbeli rumah merupakan belanja yang tidak dibenarkan untuk kiraan cukai. Maksudnya cukai boleh jadi lebih tinggi.

So, pilihan ada ditangan anda. Selain ketahui Tips ini, anda juga perlu cantikkan profile kewangan sebelum membeli sesebuah rumah. Baru senang bank nak luluskan pinjamankan.

 

Info ni lebih sesuai untuk yang mempunyai bisnes selain jualbeli rumah dan buat pelaburan dalam membeli rumah (IHC). Sebab berbeza cara layanan cukai dan pinjaman bank.

 

Jika rasa bermanfaat, silalah like dan share kepada orang lain, supaya orang lain tahu maklumat ini bersama. Semoga bermanfaat.

 

LANGKAH PERTAMA BILA ANDA MEMPUNYAI SYARIKAT SDN.BHD

LANGKAH PERTAMA BILA ANDA MEMPUNYAI SYARIKAT SDN.BHD

A. BUKA AKAUN SYARIKAT

Antara perkara utama yang perlu dilakukan oleh peniaga diluar ialah membuka akaun bank bisnes. Jangan guna akaun atas nama sendiri untuk duit jualan dan perbelanjaan. Buka akaun bank menguna nama bisnes. Untuk sebarang transaksi duit masuk dan keluar. Antara kelebihan membuka akaun bank atas nama bisnes ialah:-

1. Ini antara cara untuk memudahkan akaun untung rugi bisnes dikemaskini. Seterusnya proses mengetahui keuntungan dan kerugian dapat diketahui.
2. Kesilapan kebanyakkan peniaga diluar ialah tidak meletak duit jualan ke bank. Ini akan menyebabkan bank tidak dapat mengesahkan kekuatan kewangan anda ketika proses ingin buat pinjaman di masa akan datang.
3. Proses untuk elak kita tanpa sedar menguna duit bisnes tanpa kawalan. Terlalu banyak kecurian berlaku pada bisnes terutama bila pemilik sendiri tidak sedar atau tidak ketahui kedudukan aliran tunai mereka
4. Untuk elak dari kesilapan dalam pengiraan cukai. Seterusnya akan mengundang risiko dikenakan kompaun akibat kesalahan penguraan cukai. Kita kena ingat kompaun boleh cecah sehingga 100% dari jumlah kurang lapor.

B. MEMOHON SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN

Merupakan syarat wajib untuk semua pembekal / kontraktor yang ingin memohon tender-tender kerajaan. Tanpa sijil ini, syarikat anda tidak layak untuk memohon sebarang tender kerajaan.Diantara kelebihan mendaftarkan perniagaan anda dengan MOF ialah:

1. Anda boleh menjual produk dan perkhidmatan anda kepada Kerajaan Malaysia dan agensi di bawah seliannya.

2. Kaedah memasarkan perkhidmatan dengan cara yang lebih mudah dan sistematik melalui amalan membida tender dan projek secara online serta terbuka menggunakan portal eperolehan.com.my

3. Latihan dan panduan secara berterusan disediakan oleh pihak MOF bagi usahawan yang berminat.

4. Merupakan tambah nilai kepada perniagaan anda kerana anda telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kewangan Malaysia.

5. Bagi usahawan bumiputera, anda boleh memohon pengiktirafan penarafan (status bumiputera) bersekali dengan proses permohonan lesen MOF bagi menambah nilai perniagaan anda.Mendaftarkan perniagaan anda dengan pihak MOF bukanlah sesuatu yang susah. Anda boleh terus ke laman www.eperolehan.com.my dan mendaftar secara online disana.

C. DAFTAR SOCSO

Adalah SOCIAL Security Organisation, atau dalam Bahasa Melayunya, PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial). Ia ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia.Ia lebih kurang macam sebuah organisasi insurans untuk semua pekerja di Malaysia (pekerja bermaksud majikan, pekerja tetap/sepenuh masa, dan juga pekerja sementara/sambilan). Tujuannya adalah untuk menyediakan pembayaran tunai dan faedah kepada semua pekerja berdaftar dalam kes kecemasan, kecederaan, atau kematian.

D. DAFTAR KWSP

Menurut Seksyen 41 (1) Akta KWSP 1991, majikan perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh 7 hari daripada tarikh majikan mula bertanggungjawab mencarum, iaitu sebaik sahaja seseorang pekerja diambil bekerja untuknya. Majikan perlu melengkapkan Borang KWSP 1 dan menyerahkannya berserta dengan borang pendaftaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti Borang 49 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Sijil Pendaftaran Perniagaan.

E. Daftar LHDN
Kenapa perlu daftar LHDN?

#1 – Tanggungjawab & Undang-UndangMembuat taksiran dan membayar cukai adalah undang-undang. Akta Cukai di Malaysia termaktub pada tahun 1967 lagi. Namun, akan ada sedikit perubahan dari tahun ke tahun. Menjadi tanggungjawab rakyat untuk membayar cukai, di mana hasil cukai tadi digunakan kembali oleh kerajaan untuk rakyat. Mungkin terdapat ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan, tapi kita jalankan tanggungjawab kita dulu. Tanggungjawab kerajaan pula untuk pastikan ia digunakan dengan baik. Jika terdapat sebarang salah guna, kita salurkan rasa tidak puas hati itu dengan cara lain.

#2 – Mengelak Dari Penalti apabila kita memilih untuk tidak membuat taksiran dan membuat bayaran cukai, sebenarnya kita memilih untuk membayar penalti. Terdapat banyak penalti boleh dikenakan apabila kita tidak membuat taksiran dan pembayaran. Penalti sehingga 300% dari nilai cukai boleh dikenakan.Ada membuat anggapan, nanti jika LHDN datang buat semakan, baru bayar. Ini macam berjudi. Nasib baik, tak kena audit cukai oleh LHDN. Nasib tak baik, bayar sahaja cukai tambah dengan penalti. Apabila dikenakan penalti, masalah yang mungkin dihadapi ialah aliran tunai. Duit yang boleh digunakan untuk modal pusingan atau mengembangkan perniagaan terpaksa digunakan untuk membayar penalti.

#3 – Mengelak Dari DisenaraihitamPasti ramai sudah mengetahui, berita artis terkenal tidak dibenarkan keluar negara kerana masih mempunyai cukai tertunggak. Pihak LHDN mempunyai hak untuk menghalang sesiapa keluar dari Malaysia selagi cukai tidak dibayar. Tanpa mengira tujuan kita mahu keluar negara.

#4 – Mendapatkan PinjamanAntara dokumen yang diperlukan untuk perniagaan memohon pinjaman sekarang ialah taksiran cukai, Borang B. Jika mendaftar pun tidak pernah, memang tak akan ada borang B. Bankpun tak boleh nak proses permohonan pinjaman.

#5 – Mengembangkan Perniagaan untuk mengembangkan perniagaan, modal tambahan diperlukan. Jika modal mahu diperolehi dari pinjaman, point no. 4 di atas perlu di ambil kira. Jika mahu mendapatkan pelabur pula, pasti mereka mahu tahu kedudukan cukai. Pelabur tidak mahu terlibat dalam pelanggaran undang-undang. Jika modal dari sumber dalaman, mungkin akan menarik perhatian pihak LHDN untuk buat semakan. Bila kita sudah mahu membayar cukai, akan timbul pula soalan apa yang perlu dibuat sekarang? Berniaga sudah bertahun, tapi kini baru sedar dan nak bayar cukai.

Referral Programme

Referral Programme

    Terma & Syarat
  1. Sistem Introducer SMARTRICH diperkenalkan khusus untuk penubuhan Syarikat baru sahaja.
  2. Setiap Introducer SMARTRICH perlu berdaftar dan telah disahkan pendaftarannya.
  3. Setiap Introducer berdaftar akan diberikan satu Kod Introducer.
  4. Sistem ini berfungsi apabila setiap Introducer berdaftar memperkenalkan pelanggan baru kepada SMARTRICH untuk pakej penubuhan syarikat sahaja. (Pakej atau perkhidmatan lain adalah tidak  termasuk dalam sistem ini).
  5. Bayaran berbentuk komisen berupa wang tunai dan dalam nilai Ringgit Malaysia sahaja.
  6. Skop kerja Introducer SMARTRICH adalah hanya perlu membawa pelanggan baru untuk diperkenalkan kepada pihak SMARTRICH untuk proses penubuhan syarikat baru sahaja. Introducer tidak perlu menjelaskan/ menerangkan kepada pelanggan baru tentang prosedur penubuhan syarikat atau sebagainya.  Ianya juga tertakluk kepada persetujuan pelanggan baru untuk menggunakan khidmat SMARTRICH atau tidak.
  7. Bayaran penuh komisen akan didepositkan ke akaun Introducer apabila pihak kami telah menerima bayaran penuh dari pihak pelanggan baru. Tiada “advance”/ sebarang permohonan untuk pendahuluan kepada Introducer diberikan.
  8. Bagaimana jika terdapat Introducer yang bertindan? Pihak SMARTRICH akan sentiasa merujuk kepada borang pendaftaran yang telah diisi oleh pelanggan baru dimana pelanggan baru perlu menulis nama Introducer dan kod Introducer didalam borang tersebut.
  9. Sistem Introducer SMARTRICH ini akan sentiasa berlangsung sehingga notis penamatan diumumkan.
  10. Introducer SMARTRICH boleh menggunakan sebarang idea/ bahan pemasaran yang dikeluarkan oleh SMARTRICH sahaja tanpa mengulang cetaknya segala risalah dan bahan perlu dibayar dengan kadar bayaran yang ditetapkan sendiri, jika didapati pihak Introducer menyebarkan masalah atau menggunakan nama SMARTRICH sebagai publisiti, pihak SMARTRICH tidak akan teragak-agak untuk menyingkirkan nama Introducer tersebut.

    Referral Programme Form

    Please fill up your details. Thank You.
    • All About You

    • Sila Masukkan Nama Seperti Kad Pengenalan. Cth : ALI BIN ABU
    • Sila Masukkan No. Kad Pengenalan Anda. Cth : 123345546666
    • Sila Masukkan No. Telefon Anda. Cth : +6016 6666 666
    • Sila Masukkan Email Anda. Cth : [email protected]
    • All About Your Company Or Business

    • Sila Masukkan Nama Syarikat Anda. Cth : MAJU JAYA SDN. BHD.
    • Sila Masukkan No. Pendaftaran Perniagaan Anda. Cth : 123456-X
    • About Your Bank Account

    • Thank You.

SMARTRICH Corporate Services Sdn. Bhd.
(975102-T)
 

HQ

No. 60-LG,

Jalan Setia Perdana BB U13/BB,
Setia Alam,
40170 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
 

BRANCH

29-3F, FLOOR 3,

Jalan Setia Perdana BA U13/BA,
Setia Alam,
40170 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Email :
Phone Number :
☏ Office : 03 - 3359 0996
✆ Phone : 019 - 605 3938
FOLLOW US
Update