by admin | Company Registration

Mungkin ada dikalangan kita sedang fikir-fikir nak beli rumah sekarang ni kan. Nak beli guna nama sendiri atau nak guna nama syarikat. Mana satu nak guna pun tak tahu, sebab dengar-dengar dari kawan guna nama syarikat lebih baik dari nama sendiri. Betulkah?
Kami di SMARTRICH selalu dihujani soalan-soalan dari klien berkenaan isu ini. So, hari ini admin nak kongsikan PRO & CONS membeli rumah menggunakan nama syarikat.
- PRO (KEBAIKAN)
- Nama sendiri akan BEBAS dari LIABILITI (TANGGUNGGAN) rumah tersebut.
- Boleh digunakan oleh syarikat untuk ‘refinance’ jika syarikat perlu membuat pinjaman bank suatu masa akan datang.
- Boleh guna rumah tersebut untuk buat sewa kepada pekerja / pengarah dengan tujuan mendapatkan keuntungan. Buat Homestay pun boleh dengan syarat ada dimasukkan dalam M&A.
- Boleh masukkan segala perbelanjaan yang terlibat untuk rumah tersebut jika ia digunakan untuk pengarah dan pekerja. Perbelanjaan seperti cukai tanah dan selenggaraan.
2. CONS (KELEMAHAN)
- Jika beli rumah atas nama syarikat, ELAUN MODAL rumah tersebut TIDAK BOLEH digunakan untuk kurangkan cukai.
- bank akan lihat rekod pengarah dan pemegang saham, jika ada masalah dengan pihak bank, kemungkinan tidak lepas untuk pinjaman beli perumahan.
- Pinjaman hanya boleh dapat maksimun 60% ke 80% dari harga rumah, lebihnya kena topup duit sendiri.
- Bila rumah hanya dijadikan tempat tinggal pengarah @ pekerja, tanpa sewa atau tiada untung, ia akan menjadi beban aliran tunai. Seterusnya ia akan menjadi tidak baik pandangan bank untuk suntikan modal seterusnya.
- jika rumah diberi pada pengarah dan pekerja tanpa sewa, cukai tambahan pada individu tersebut akan dikenakan sebagai manfaat yang diberi oleh syarikat / benefit of kind
- Jika syarikat diistihar bankrup, rumah tersebut perlu dijadikan sebagai aset yang perlu dilunaskan.
- Apabila nak jual rumah tersebut, perlu dapat persetujuan semua pengarah. Kadang-kadang sukar juga part ni. Setiausaha Syarikat yang pening.
- yang paling kena tahu, kalau ia dalam kategori pelaburan, maka Cukai keuntungan harta tanah (CKHT) tetap dikenakan walaupun selepas 6 tahun pembelian.
- faedah pinjaman untuk beli rumah atas nama syarikat lebih tinggi dari beli atas nama individu
- perbelanjaan faedah pinjaman boleh tidak dibenarkan jika melebihi dari sekatan faedah yang ditetapkan. Ia wujud sebab perbelanjaan tersebut tiada kaitan dengan bisnes anda.
- bayaran peguam untuk urusan jualbeli rumah merupakan belanja yang tidak dibenarkan untuk kiraan cukai. Maksudnya cukai boleh jadi lebih tinggi.
So, pilihan ada ditangan anda. Selain ketahui Tips ini, anda juga perlu cantikkan profile kewangan sebelum membeli sesebuah rumah. Baru senang bank nak luluskan pinjamankan.
Info ni lebih sesuai untuk yang mempunyai bisnes selain jualbeli rumah dan buat pelaburan dalam membeli rumah (IHC). Sebab berbeza cara layanan cukai dan pinjaman bank.
Jika rasa bermanfaat, silalah like dan share kepada orang lain, supaya orang lain tahu maklumat ini bersama. Semoga bermanfaat.
by admin | Business Registration, Company Registration

A. BUKA AKAUN SYARIKAT
Antara perkara utama yang perlu dilakukan oleh peniaga diluar ialah membuka akaun bank bisnes. Jangan guna akaun atas nama sendiri untuk duit jualan dan perbelanjaan. Buka akaun bank menguna nama bisnes. Untuk sebarang transaksi duit masuk dan keluar. Antara kelebihan membuka akaun bank atas nama bisnes ialah:-
1. Ini antara cara untuk memudahkan akaun untung rugi bisnes dikemaskini. Seterusnya proses mengetahui keuntungan dan kerugian dapat diketahui.
2. Kesilapan kebanyakkan peniaga diluar ialah tidak meletak duit jualan ke bank. Ini akan menyebabkan bank tidak dapat mengesahkan kekuatan kewangan anda ketika proses ingin buat pinjaman di masa akan datang.
3. Proses untuk elak kita tanpa sedar menguna duit bisnes tanpa kawalan. Terlalu banyak kecurian berlaku pada bisnes terutama bila pemilik sendiri tidak sedar atau tidak ketahui kedudukan aliran tunai mereka
4. Untuk elak dari kesilapan dalam pengiraan cukai. Seterusnya akan mengundang risiko dikenakan kompaun akibat kesalahan penguraan cukai. Kita kena ingat kompaun boleh cecah sehingga 100% dari jumlah kurang lapor.
B. MEMOHON SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN
Merupakan syarat wajib untuk semua pembekal / kontraktor yang ingin memohon tender-tender kerajaan. Tanpa sijil ini, syarikat anda tidak layak untuk memohon sebarang tender kerajaan.Diantara kelebihan mendaftarkan perniagaan anda dengan MOF ialah:
1. Anda boleh menjual produk dan perkhidmatan anda kepada Kerajaan Malaysia dan agensi di bawah seliannya.
2. Kaedah memasarkan perkhidmatan dengan cara yang lebih mudah dan sistematik melalui amalan membida tender dan projek secara online serta terbuka menggunakan portal eperolehan.com.my
3. Latihan dan panduan secara berterusan disediakan oleh pihak MOF bagi usahawan yang berminat.
4. Merupakan tambah nilai kepada perniagaan anda kerana anda telah mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kewangan Malaysia.
5. Bagi usahawan bumiputera, anda boleh memohon pengiktirafan penarafan (status bumiputera) bersekali dengan proses permohonan lesen MOF bagi menambah nilai perniagaan anda.Mendaftarkan perniagaan anda dengan pihak MOF bukanlah sesuatu yang susah. Anda boleh terus ke laman www.eperolehan.com.my dan mendaftar secara online disana.
C. DAFTAR SOCSO
Adalah SOCIAL Security Organisation, atau dalam Bahasa Melayunya, PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial). Ia ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia.Ia lebih kurang macam sebuah organisasi insurans untuk semua pekerja di Malaysia (pekerja bermaksud majikan, pekerja tetap/sepenuh masa, dan juga pekerja sementara/sambilan). Tujuannya adalah untuk menyediakan pembayaran tunai dan faedah kepada semua pekerja berdaftar dalam kes kecemasan, kecederaan, atau kematian.
D. DAFTAR KWSP
Menurut Seksyen 41 (1) Akta KWSP 1991, majikan perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh 7 hari daripada tarikh majikan mula bertanggungjawab mencarum, iaitu sebaik sahaja seseorang pekerja diambil bekerja untuknya. Majikan perlu melengkapkan Borang KWSP 1 dan menyerahkannya berserta dengan borang pendaftaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti Borang 49 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Sijil Pendaftaran Perniagaan.
E. Daftar LHDN
Kenapa perlu daftar LHDN?
#1 – Tanggungjawab & Undang-UndangMembuat taksiran dan membayar cukai adalah undang-undang. Akta Cukai di Malaysia termaktub pada tahun 1967 lagi. Namun, akan ada sedikit perubahan dari tahun ke tahun. Menjadi tanggungjawab rakyat untuk membayar cukai, di mana hasil cukai tadi digunakan kembali oleh kerajaan untuk rakyat. Mungkin terdapat ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan, tapi kita jalankan tanggungjawab kita dulu. Tanggungjawab kerajaan pula untuk pastikan ia digunakan dengan baik. Jika terdapat sebarang salah guna, kita salurkan rasa tidak puas hati itu dengan cara lain.
#2 – Mengelak Dari Penalti apabila kita memilih untuk tidak membuat taksiran dan membuat bayaran cukai, sebenarnya kita memilih untuk membayar penalti. Terdapat banyak penalti boleh dikenakan apabila kita tidak membuat taksiran dan pembayaran. Penalti sehingga 300% dari nilai cukai boleh dikenakan.Ada membuat anggapan, nanti jika LHDN datang buat semakan, baru bayar. Ini macam berjudi. Nasib baik, tak kena audit cukai oleh LHDN. Nasib tak baik, bayar sahaja cukai tambah dengan penalti. Apabila dikenakan penalti, masalah yang mungkin dihadapi ialah aliran tunai. Duit yang boleh digunakan untuk modal pusingan atau mengembangkan perniagaan terpaksa digunakan untuk membayar penalti.
#3 – Mengelak Dari DisenaraihitamPasti ramai sudah mengetahui, berita artis terkenal tidak dibenarkan keluar negara kerana masih mempunyai cukai tertunggak. Pihak LHDN mempunyai hak untuk menghalang sesiapa keluar dari Malaysia selagi cukai tidak dibayar. Tanpa mengira tujuan kita mahu keluar negara.
#4 – Mendapatkan PinjamanAntara dokumen yang diperlukan untuk perniagaan memohon pinjaman sekarang ialah taksiran cukai, Borang B. Jika mendaftar pun tidak pernah, memang tak akan ada borang B. Bankpun tak boleh nak proses permohonan pinjaman.
#5 – Mengembangkan Perniagaan untuk mengembangkan perniagaan, modal tambahan diperlukan. Jika modal mahu diperolehi dari pinjaman, point no. 4 di atas perlu di ambil kira. Jika mahu mendapatkan pelabur pula, pasti mereka mahu tahu kedudukan cukai. Pelabur tidak mahu terlibat dalam pelanggaran undang-undang. Jika modal dari sumber dalaman, mungkin akan menarik perhatian pihak LHDN untuk buat semakan. Bila kita sudah mahu membayar cukai, akan timbul pula soalan apa yang perlu dibuat sekarang? Berniaga sudah bertahun, tapi kini baru sedar dan nak bayar cukai.
by admin | Company Registration

Terma & Syarat
- Sistem Introducer SMARTRICH diperkenalkan khusus untuk penubuhan Syarikat baru sahaja.
- Setiap Introducer SMARTRICH perlu berdaftar dan telah disahkan pendaftarannya.
- Setiap Introducer berdaftar akan diberikan satu Kod Introducer.
- Sistem ini berfungsi apabila setiap Introducer berdaftar memperkenalkan pelanggan baru kepada SMARTRICH untuk pakej penubuhan syarikat sahaja. (Pakej atau perkhidmatan lain adalah tidak termasuk dalam sistem ini).
- Bayaran berbentuk komisen berupa wang tunai dan dalam nilai Ringgit Malaysia sahaja.
- Skop kerja Introducer SMARTRICH adalah hanya perlu membawa pelanggan baru untuk diperkenalkan kepada pihak SMARTRICH untuk proses penubuhan syarikat baru sahaja. Introducer tidak perlu menjelaskan/ menerangkan kepada pelanggan baru tentang prosedur penubuhan syarikat atau sebagainya. Ianya juga tertakluk kepada persetujuan pelanggan baru untuk menggunakan khidmat SMARTRICH atau tidak.
- Bayaran penuh komisen akan didepositkan ke akaun Introducer apabila pihak kami telah menerima bayaran penuh dari pihak pelanggan baru. Tiada “advance”/ sebarang permohonan untuk pendahuluan kepada Introducer diberikan.
- Bagaimana jika terdapat Introducer yang bertindan? Pihak SMARTRICH akan sentiasa merujuk kepada borang pendaftaran yang telah diisi oleh pelanggan baru dimana pelanggan baru perlu menulis nama Introducer dan kod Introducer didalam borang tersebut.
- Sistem Introducer SMARTRICH ini akan sentiasa berlangsung sehingga notis penamatan diumumkan.
- Introducer SMARTRICH boleh menggunakan sebarang idea/ bahan pemasaran yang dikeluarkan oleh SMARTRICH sahaja tanpa mengulang cetaknya segala risalah dan bahan perlu dibayar dengan kadar bayaran yang ditetapkan sendiri, jika didapati pihak Introducer menyebarkan masalah atau menggunakan nama SMARTRICH sebagai publisiti, pihak SMARTRICH tidak akan teragak-agak untuk menyingkirkan nama Introducer tersebut.
by admin | Auditing, Company Registration, Taxation
3 Kesalahan Yang Membawa Kepada Audit Cukai

Pengauditan dilakukan mengikut piawaian, yang bermaksud bahawa laporan audit dikehendaki mempunyai format dan garis besar yang tertentu. Laporan harus melibatkan penyampaian hasil kerja dalam bentuk yang lengkap.
Membuat beberapa kesilapan semasa menyediakan laporan boleh mencetuskan audit dan kedudukan cukai. Terdapat beberapa kesilapan biasa yang akan menyebabkan audit cukai.
1.Gagal melaporkan pendapatan.
Bagi sesetengah peniaga, lazimnya ingin membayar cukai yang paling minimum. Atas sebab itu mereka bertindak untuk tidak melaporkan sebahagian pendapatan yang dirasakan boleh disorokkan.
Namun, jika pihak lembaga hasil dapat mengesan sesuatu yang pelik terhadap akaun tersebut, maka akan menjurus kepada audit cukai.
2.Mengambil terlalu banyak potongan untuk caruman amal.
Sesetengah usahawan ingin melakukan sumbangan amal untuk tujuan tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility) mereka untuk tujuan cukai. Dengan potongan terlalu tinggi untuk sumbangan amal akan membawa anda disyaki berbohong untuk mengurangkan potongan cukai.
3.Tiada bukti atau dokumen untuk rekod.
Untuk mengelakkan diri daripada audit cukai dan apa-apa tindakan yang akan diambil, anda harus menyimpan resit atau mana-mana dokumen yang berkaitan dengan perniagaan dan transaksi anda. Dokumen ini penting untuk kerja audit dan boleh bertindak sebagai bukti untuk laporan anda.
Sebagai kesimpulan, untuk mengelakkan audit cukai, anda harus mendapatkan nasihat cukai profesional seperti ” SMARTRICH “ untuk menjaga reputasi syarikat anda.
Ditekankan bahawa, mempunyai seorang profesional seperti cukai untuk menyediakan pulangan anda sebagai kos ini boleh menjadi jauh lebih rendah daripada kos mempertahankan diri dalam audit cukai.
by admin | Accounting, Auditing, Company Registration, Taxation
4 Jenis Laporan Audit
Bagi sesetengah pengarah syarikat yang telah beberapa tahun menjalankan perniagaan, mungkin ‘familiar’ dengan jenis-jenis laporan audit. Namun bagi yang pertama kali mendengar perkataan ini, admin ingin berkongsi berkenaan 4 jenis laporan audit yang biasa dikeluarkan oleh auditor setelah kerja-kerja pengauditan dilakukan.
1.Pernyataan tanpa syarat
Selalunya dipanggil pendapat yang bersih, pendapat yang tidak memenuhi syarat adalah laporan audit yang dikeluarkan apabila seorang juruaudit menentukan bahawa setiap rekod kewangan yang disediakan oleh perniagaan kecil bebas dari sebarang salah nyata.
Di samping itu, pendapat yang tidak layak menunjukkan bahawa rekod kewangan telah dikekalkan selaras dengan piawaian yang dikenali sebagai Prinsip Perakaunan Umum yang Diterima (GAAP). Ini adalah jenis laporan terbaik yang boleh diterima oleh perniagaan. Lazimnya, laporan yang tidak lengkap mengandungi tajuk yang merangkumi perkataan “bebas.”
Ini dilakukan untuk menggambarkan bahawa ia telah disediakan oleh pihak ketiga yang tidak berat sebelah. Tajuknya diikuti oleh badan utama. Terdiri daripada tiga ayat, badan utama menyoroti tanggungjawab juruaudit, tujuan audit dan penemuan juruaudit. Juruaudit menandatangani dan tarikh dokumen itu, termasuk alamatnya.
2.Pernyataan bersyarat
Dalam keadaan apabila rekod kewangan syarikat tidak dikekalkan mengikut GAAP tetapi tiada salah nyata dikenal pasti, seorang juruaudit akan mengeluarkan pendapat yang berkelayakan.
Penulisan pendapat yang berkelayakan amat serupa dengan pendapat yang tidak layak. Walau bagaimanapun, pendapat yang berkelayakan akan memasukkan perenggan tambahan yang menyoroti sebab mengapa laporan audit tidak layak.
3.Pendapat yang bertentangan
Laporan kewangan yang paling teruk yang boleh dikeluarkan untuk perniagaan adalah pendapat yang buruk. Ini menunjukkan bahawa rekod kewangan syarikat tidak mematuhi GAAP. Di samping itu, rekod kewangan yang disediakan oleh perniagaan telah terlalu salah diwakili.
Walaupun ini mungkin disebabkan oleh kesilapan, ia sering menunjukkan penipuan. Apabila laporan jenis ini dikeluarkan, syarikat mesti membetulkan penyata kewangannya dan membuatnya diaudit semula, kerana para pelabur, pemberi pinjaman dan pihak pemohon lain pada umumnya tidak menerimanya.
4.Penolakan Pendapat
Pada beberapa ketika, seorang juruaudit tidak dapat melengkapkan laporan audit yang tepat. Ini mungkin berlaku untuk pelbagai sebab, seperti ketiadaan rekod kewangan yang sesuai. Apabila ini berlaku, juruaudit mengeluarkan penafian atau penolakan pendapat, menyatakan bahawa pendapat status kewangan syarikat boleh tidak ditentukan.
Ada soalan? Tinggalkan soalan anda diruangan komen dibawah.