Zakat perniagaan adalah harta daripada hasil dapatan perniagaan sama ada dari segi perlombongan, pembuatan, perikanan, pembekalan, perkapalan, perkhidmatan , pertanian atau sebagainya untuk tujuan diperniagakan sama ada dalam bentuk pekongsian, persendirian, perniagaan semua jenis syarikat, perniagaan saham, koperasi dan sebagainya.

Zakat perniagaan yang wajib dikeluarkan hanyalah 2.5% daripada hasil pendapatan perniagaan apabila sudah cukup haul.

Firman Allah s.w.t:
“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”
– Surah al-Baqarah (ayat 267) –
Allah menjelaskan dalam ayat ini bahawa segala pekerjaan kebaikan perlulah mengeluarkan zakat.

Kaedah Dalam Pengiraan Zakat Perniagaan.

 

1. Kaedah Modal Berkembang “Growth Model”.

Kaedah ini mengambil kira ekuiti pemilik perniagaan yang dijalankan, sumber pembiayaan kewangan dan pelarasan sama ada perlu dicampur atau sebaliknya.

Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa +/-Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat

 

2. Kaedah Modal Kerja “Working Capital”.

Kaedah ini mengambil kira kedudukan harta semasa perniagaan dan ditolak tangunggan semasa perniagaan dan juga dibuat beberapa pelarasan berkaitan dengan zakat.

Aset Semasa -Liabiliti Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat

 

Pelarasan

 

1.Ditolak Daripada Aset Semasa.

Perkara yang perlu dibuat pelarasan semasa mengira harta semasa.

  • Barang-Barang yang tidak wajib dizakatkan.

Barang-Barang daripada hasil sumber yang haram seperti judi, penjualan arak dan riba.

  • Si penghutang kewangan.

Wang yang dipinjamkan akan dikenakan zakat ke atas si peminjam dengan ciri milik sempurna kerana aset tersebut telah berpindah milik.

  • Bukan milik sempurna.

Bayaran seperti bil air, bil eletrik, deposit telefon dan seumpanya perlulah ditolak kerana tidak memenuhi syarat hak milik sempurna.

  • Produk mestilah yang produktif.

Stok lupus,hutang lapuk dan penurunan nilai ketara dan kekal perlu ditolak semasa pengiraan harta semasa.

  • Zakat tidak akan dikira dua kali.

Nilai dividen yang sudah ditolak atau sudah dinilai oleh syarikat yang dilaburkan atau sudah ditolak.

  • Tabung bagi sifat kebajikan.

Tabung bagi tujuan khairat, pendidikan yang terdapat dalam aset semasa akan dikecualikan.

Walaubagaimanapun tabung kebajikan seperti Qardhul Hassan, amaun yang dikecualikan hanyalah nilai pokok sahaja manakala bagi tabung kebajikan yang bersifat ‘hangus’ melalui derma, khairat maka nilai tabung sahaja dikecualikan.

  • Inventori / Stok.

Barangan mentah atau separuh siap tidak akan diambil kira, hanya bahan akhir ataupun yang sudah siap sahaja akan diambil kira.

 

2. Dicampur Tangunggan Semasa.

Menurut pandangan Imam Syafie – Tidak ada syarat hutang sama ada layak nisab ataupun tidak. Hutang kewangan yang bukan liabiliti perdagangan tidak menghalang daripada membayar zakat:

Bagi memenuhi nisab, liabiliti semasa yang boleh ditolak adalah yang ianya bersifat operasi sahaja termasuk:

  • Pemiutang Perdagangan (Trade Creditors).
  • Kos operasi (Operation Payables) seperti gaji, elektrik, telefon.
  • Cukai.

 

Item yang tidak dibenarkan ditolak dalam pelarasan adalah:

  • Bukan berbentuk operasi peniagaan seperti ‘financial loan’ dan pengkelasan semula pinjaman berkala.
  • “Overdraf”.
  • Pajakan Kewangan atau modal ( capital lease / financial ).
  • “Dividen Payable” ( dividen yang dicadangkan ).
Share This

Share This

Share this post with your friends!