by smartrich | Accounting
4 Sebab Pentingnya Akaun Untuk Usahawan, Peniaga Dan Syarikat.
Perakaunan amat penting baki usahawan, peniaga dan juga syarikat. Tidak kiralah perniagaaan tersebut hanya kecil-kecilan ataupun besar.
Dengan akaun sesebuah syarikat atau usahwan dapat mengetahui segala kewangan untung dan rugi dalam sebuah perniagaan. Sebahagian usahawan yang tidak merekodkan segala urus niaga hanya akan menganggarkan sahaja keuntungan atau rugi sesebuah perniagaan. Malah ada usahawan yang tidak tahu sama ada perniagaan mereka untung mahupun rugi.
Di sini ada 4 sebab kenapa akaun penting untuk usahawan, peniaga dan syarikat.
1. Alat Pengukur.

Apabila akaun telah lengkap dibuat samada oleh pekerja berkelulusan jaminan perakaunan atau pihak kerja seperti SMARTRICH, akaun tersebut boleh menjadi alat pengukur untuk menentukan perniagaan yang dijalankan selama ini samada untung atau rugi.
Bagaimana Caranya? Melalui laporan-laporan perakaunan seperti “Balance Sheet” ( Penyata Kunci Kira-Kira ), “Income Statement” ( Penyata Untung Rugi ), “Trial Balance” ( Imbangan Duga ) dari beberapa laporan lain yang admin akan kongsikan kemudian, suatu ukuran yang menyatakan tahap prestasi tahunan syarikat dan perniagaan dapat diketahui.
2. Dokumen Penting Bagi Mendapatkan Kelulusan Pinjaman.

Akaun yang lengkap merupakan dokumen utama yang akan diminta oleh pegawai bank apabila kita ingin membuat pinjaman daripada mana-mana institusi perbankan samada Bank Tempatan (CIMB, MAYBANK, PUBLIC BANK ) atau institusi lain seperti MARA, TEKUN, MBSB, PNB dan sebagainya.
3. Cukai Dan Audit.

Semua rekod-rekod perakaunan syarikat perlu disimpan selama 7 tahun perakaunan. Ianya juga diperlukan bagi memudahkan urusan pengiraan cukai dan pengauditan.
Malah ianya perlu dihantar ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) pada setiap tahun.
4. Rancangan Masa Depan.

Akaun yang telah lengkap menjadi pengukur prestasi pada tahun tersebut di samping menjadi garis panduan untuk rancangan masa hadapan sesuatu perniagaan.
Contohnya jika seorang usahawan ingin mengeluarkan produk baru, maka rekod-rekod lampau kos-kos yang terlibat perlu dirujuk bagi mendapatkan gambaran kos yang terlibat.
by smartrich | Accounting
7 Sebab Kenapa Pentingnya Akaun Dalam Perniagaan.

Rata-Rata peniaga masih tidak tahu akan kepentingan akaun dalam sesuatu perniagaan.Tidak kiralah perniagaan itu besar mahupun kecil.
Jika anda menganggap akaun bank itu adalah akaun yang menunjukkan kedudukan akaun perniagaan anda, bermakna tanggapan anda salah sama sekali.
Untuk mengetahui kedudukan kewangan bagi perniagaan anda, perlukan dokumen yang khas dan direkod secara berkala.
1. Imbangan Duga.
Di dalam imbangan duga kita sudah dapat mengenal pasti kedudukan aset, liabiliti, dan ekuiti syarikat. Imbangan duga amat penting sebelum kita memulakan sesuatu seperti, membuka cawangan baru, pelaburan, pinjaman dengan bank, dan juga memberi bonus kepada pekerja.
2. Penyata Aliran Tunai.
Fungsi penyata aliran tunai ini adalah menunjukkan pergerakan keluar dan masuk sesuatu perniagaan, projek atau produk kewangan.Segala dokumen yang berkaitan dengan tunai perlu dimasukkan atau direkodkan ke dalam penyata aliran tunai.
3. Penyata Untung Rugi.
Dalam penyata untung rugi pula adalah untuk mengetahui lebih tepat lagi kedudukan perniagaan sama ada pada bulan atau tahun tersebut kita untung mahupun rugi.
4. Mengenalpasti Kedudukan Kewangan Syarikat/Perniagaan.
Dengan adanya akaun, secara tidak langsung peniaga akan dapat mengenalpasti kedudukan kewangan dan peniaga dapat mengelakkan daripada membuat pembelian yang tidak sesuai pada masanya dan dapat mengelak daripada masalah aliran tunai.
Jika peniaga tidak dapat mengenal pasti kedudukan kewangan syarikat, akan menyebabkan transaksi di bank akan disekat kerana masalah baki bank yang tidak mencukupi.
5. Pinjaman Mudah Diluluskan.
Dengan membuat akaun secara berkala, secara tidak langsung untuk membuat pinjaman daripada bank mudah diluluskan.Selain itu, syarikat perlu menyediakan akaun yang terkini kepada pihak bank untuk dinilai sama ada pinjaman dapat diluluskan ataupun tidak.
Jika segala dokumen akaun tersusun, akan memudahkan lagi pihak bank untuk meluluskan pinjaman berbanding jika membawa akaun tahunan.
6. Merancang Risiko Kerugian.
Keputusan yang dilakukan oleh syarikat mestilah bijak dan mengetahui risiko yang bakal dihadapi.Apabila sudah mempunyai akaun yang dibuat secara berkala lebih mudah untuk mengenalpasti aliran tunai keluar dan masuk, pinjaman hutang yang masih ada ataupun pemiutang.
Semuanya dapat dikenal pasti jika mempunyai akaun yang direkod secara berkala dan juga dapat mengurangkan risiko bankrup.
7. Boleh Menggunakan Kepakaran Seperti Syarikat Setiausaha Berpengalaman.
Dunia perniagaan semakin berkembang pesat dan semakin banyak peraturan dan undang-undang yang telah dan akan diperkenalkan. Peranan Setiausaha Syarikat agar lebih efektif dan juga selaras dengan perkembangan Akta Syarikat yang semakin bergerak kehadapan.
Setiausaha Syarikat berperanan untuk membimbing dan memberi nasihat kepada pekara-pekara yang berkaitan dengan Syarikat dan juga Lembaga Pengarah.Setiap syarikat dan ahli pengarah perlu menyimpan rekod perakaunan dan rekod untung rugi. Merujuk Seksyen 169 Akta Syarikat, akaun-akaun ini perlu dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan.
Syarikat setiausaha seperti “SMARTRICH” , adalah salah sebuah syarikat setiausaha yang mempunyai garis panduan dan prosedur yang betul dipatuhi selaras dengan M & A Syarikat yang tertera dan juga Akta Syarikat. 1965.