Faktor yang menyebabkan kerugian dalam berbisnes korang kena tahu. Banyak bisnes dekat luar sana yang terpaksa gulung tikar hanya beberapa tahun selepas dimulakan. Lebih buruk, ada perniagaan yang terpaksa ditutup hanya setelah beberapa bulan beroperasi. Perniagaan yang baru beroperasi tidak sepatutnya gulung tikar dalam masa yang singkat. Kena kaji semula di mana silap anda jangan biarkan bisnes terus melingkup.

 

Tahu tak bahawa 70 peratus perniagaan yang memiliki mentor mampu untuk bertahan melebihi lima tahun berniaga. Adakah anda masih teragak-agak untuk menjadi sebahagian daripada ‘Keluarga 70 peratus’ tersebut?

 

Dekat sini Sakina senaraikan 5 Jenis- jenis kerugian yang bisnes owner patut elak.

 

1. Kerugian sebab tak nak pegi belajar/ cari ILMU

  • Kita perlu menuntut ilmu tentang organisasi, ilmu tentang perundangan dan akta-akta perniagaan
  •  Apabila kita tiada ilmu, ianya akan menjejaskan produktiviti perniagaan, menyebabkan banyak kerugian dalam gerak kerja syarikat.
  • Penting untuk pengurus syarikat/perniagaan untuk mempunyai ilmu tentang human resources, pengurusan pekerja, hak-hak pekerja dan hak-hak majikan.
  • Ilmu dari sekolah sahaja tidak cukup untuk menjadi syarikat kita berjaya, ilmu perlu ditimba dari banyak sumber, dapatkan mentor dan bahan rujukan ilmu perniagaan.

 

2. Kerugian sebab tak nak cari guru/ mentor. 

  • Seorang pengurus syarikat perlu mencari guru yang betul kerana tidak semua boleh menjadi guru, jadi carilah guru yang boleh bimbing berkenaan dengan bidang kita.
  • Penting untuk mendapatkan ilmu dari orang yang lebih berpengalaman supaya tidak menanggung kesalahan yang sama oleh guru tersebut atau orang yang sama bidang tersebut.
  • Ketiadaan guru untuk dirujuk akan menyebabkan tiada siapa yang menunjukkan perkara yang betul dan perkara yang salah dan kita kemungkinan akan banyak mendapat kerugian atas usaha “try and error” yang kita lakukan.

 

3. Kerugian sebab tak nak invest untuk teknologi. 

  • Pengurus syarikat perlu peka dengan perkembangan teknologi semasa dan perlu bergerak mengikut arus teknologi yang terkini untuk mengelakkan kita ketinggalan.
  • Penggunaan teknologi akan membantu untuk mempercepatkan gerak kerja syarikat dan menyebabkan banyak masa dapat dijimatkan untuk perlaksanaan.
  • Penggunaan teknologi seperti software atau gajet canggih akan membantu untuk memudahkan perlaksanaan gerak kerja dan menjadikan gerak kerja akan jadi lebih teratur dan efisien.

 

4. Kerugian sebab suka buang masa.

  • Berilmu tapi tak beramal, ianya rugi.
  • Walaupun pergi berguru, pergi seminar, tapi tidak bertindak dan melaksanakan apa yang diperolehi dari guru kita, maka kita akan rugi kerana ibarat membuang masa sahaja pergi menuntut ilmu.
  • Masa adalah amanah dari Allah swt dan kita bertanggungjawab untuk menggunakan masa yang Allah kurniakan ini kearah yang bermanfaat dan mengembangkan lagi potensi diri serta syarikat.

 

5. Kerugian sebab matlamat tak jelas. 

  • Ramai pengurus perniagaan mengalami kerugian kerana gagal menulis matlamat, jadi matlamat perlu ditulis untuk kita lebih jelas apa yang kita nak capai.
  • Tulis matlamat supaya ianya dapat mengingatkan kita kembali kepada apa yang kita nak capai.
  • Jangan banyak complain kerana tidak tahu apa yang hendak dicapai kerana ianya ibarat menyalahkan takdir dari Allah swt, sebaliknya berusaha untuk mencipta apa yang hendak kita capai agar usaha yang kita buat selari dengan matlamat.

Jika busines owner dekat luar sana follow step yang Sakina share ni tak mustahil bisnes korang akan bertambah maju. Sebab ilmu bisnes tu sendiri penting nak jadi jutawan dalam bisnes kena ada usaha untuk majukan diri. Jadikan angan-angan nak jadi jutawan tu satu benda yang nyata. Semoga bisnes anda semua berkembang dengan maju Sakina doakan. Yang penting kena tahu matlamat kita dalam berbisnes.

Share This

Share This

Share this post with your friends!