Panduan Mendaftarkan Perniagaan Di Malaysia (Menurut Akta Syarikat 1965)

Panduan Mendaftarkan Perniagaan Di Malaysia (Menurut Akta Syarikat 1965)

Business Registration SDN BHDGUIDELINES FOR INCORPORATION OF A LOCAL COMPANY

(English version)

A company having a share capital may be incorporated as a private company or public company. The requirements to form a company are:

i. A minimum of two subscribers to the shares of the company (Section 4 CA);

ii. A minimum of two directors (Section 22 CA); and

iii. A company secretary who can be either:

a. an individual who is a member of a professional body prescribed by the Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs; or

b. an individual licensed by the Companies Commission of Malaysia (“SSM”).

Both the director and company secretary shall have their principal or only place of residence within Malaysia.

INCORPORATION PROCEDURES

1. Name Search and Application for Name – A name search must be conducted to determine whether the proposed name of the company is available. The steps involved are:

i. Completion and submission of Form 13A CA (Request for Availability of Name) to SSM; and

ii. Payment of a RM 30.00 fee for each name applied.

When the proposed company’s name is approved by SSM, it shall be valid for three months from the date of approval.

2. Lodgement of Incorporation Documents – Incorporation documents must be submitted to SSM within three months from the date of approval of the company’s name by SSM, failing which a fresh application for a name search must be done.

Incorporation documents to be lodged with SSM :

i. Memorandum and Articles of Association

a. An original copy of the Memorandum and Articles of Association shall each be stamped at RM100.00. Stamps are affixed at the Inland Revenue Board’s stamp office.

b. The first directors and secretaries shall be named in the Memorandum and Articles of Association.

c. The subscribers to the company’s shares shall sign the Memorandum and Articles of Association in front of a witness.

d. Table A of the Fourth Schedule in the CA can be adopted as the Articles of Association of the company (Section 30 CA).

NOTE : For incorporation of a private company, the Articles of Association shall contain the following stipulations:

a. Restriction on the right to transfer the company’s shares;

b. Limitation on the number of members to not exceed fifty;

c. Prohibition on any invitation to the public to subscribe the shares/debentures of the company; and

d. Prohibition on public invitation to the public to deposit money with the company.

ii. Form 48A – Statutory Declaration by a Person before Appointment as Director, Or by a Promoter before Incorporation of Corporation.

The director or promoter declares under oath that:

a. he/she is not a bankrupt; and

b. he/she has not been convicted and imprisoned for the prescribed offences.

This declaration should be signed in front of the following persons of authority:

a. Commissioner of Oaths

b. President of the Sessions Court

c. Magistrate; or

d. Those empowered under the Statutory Declaration Act 1960

iii. Form 6 – Declaration of Compliance

This declaration states that all the requirements of the CA have been complied with. It must be signed by the company secretary who handles the registration and is named in the Memorandum and Articles of Association.

iv. Additional documents:

a. Original Form 13A.

b. A copy of the letter from SSM approving the name of the company.

c. A copy of the identity card of each director and company secretary.

Registration Fees

Each application for the incorporation of a company shall be accompanied with payment as per the schedule below:

 

FEES (RM)

0- 100,000

1,000

100,001 – 500,000

3,000

500,001 – 1 Million

5,000

1,000,001 – 5 Million

8,000

5,000,001 – 10 Million

10,000

10,000,001 – 25 Million

20,000

25,000,001 – 50 Million

40,000

50,000,001 – 100 Million

50,000

100,000,001 and above

70,000

Panduan Menubuhkan Syarikat Pelancongan (Travel Agency)

Panduan Menubuhkan Syarikat Pelancongan (Travel Agency)

Soalan Lazim Menubuhkan Syarikat Pelancongan (Travel Agency)

1. Saya berminat untuk membuka syarikat pelancongan, bagaimana prosedurnya?
Tuan perlu mengisi Borang 1- Permohonan Baru Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan dan menyertakan fi proses sebanyak RM100.00. Selain itu, terdapat beberapa dokumen yang perlu disertakan seperti dinyatakan di senarai semak permohonan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.motour.gov.my.

2. Adakah sebarang syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk memohon lesen perniagaan pengendalian pelancongan ini?

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Antaranya adalah mempunyai modal berbayar yang mencukupi mengikut kawasan yang ingin beroperasi dan pengalaman Ahli Lembaga Pengarah / Pemegang Saham dalam bidang pelancongan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.motour.gov.my.

3. Bagaimana syarat bagi pecahan peratusan saham dalam syarikat perniagaan pengendalian pelancongan?

Bagi pecahan peratusan saham, jika melibatkan pegangan warga asing adalah sebanyak 70%-Warganegara dan 30%- Wargaasing. Terhad maksimum adalah 30% dan hanya bagi bidang Dalam Begeri (Inbound) dan Agensi Pengembaraan(Ticketing).

4. Adakah dibenarkan pegangan saham terdiri daripada syarikat/ koperasi?
Ya, dibenarkan syarikat/ koperasi mempunyai saham dalam syarikat perniagaan pengendalian pelancongan, namun perlu diteliti dari pecahan ekuiti asing(sekiranya ada).

5. Di manakah saya perlu merujuk untuk menegtahui segala peraturan yang patut dipatuhi oleh sebuah syarikat pernigaan pengendalian pelancongan?
Tuan boleh merujuk Akta Industri Pelancongan 1992 dan peraturan-peraturan di bawahnya bagi mengetahui segala peraturan yang perlu dipatuhi oleh sebuah sebuah syarikat pengendalian pelancongan.

6. Adakah dibenarkan perubahan Ahli Lembaga Pengarah / Pemegang Saham yang melibatkan di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera?
Sekiranya lesen syarikat diluluskan dengan peratusan Bumiputera, maka syarikat tidak dibenarkan mengurangkan / menghilangkan peratusan Bumiputera tersebut jika ingin melakukan perubahan. Namun, tiada sebarang syarat dikenakan di antara pecahan peratusan Bumiputera dan bukan bumiputera.

7. Jika saya ingin berpindah lokasi premis, adakah dibenarkan?
Setiap perubahan perlu mengemukakan permohonan terlebih dahulu. Dibenarkan sekiranya tidak di luar kawasan yang disyaratkan berpandukan modal berbayar.

8. Bagi permohonan lesen Agensi Pengembaraan (ticketing), adakah perlu mempunyai lesen IATA?
Tidak disyaratkan untuk kelulusan lesen Agensi Pengembaraan untuk mempunyai lesen IATA.

9. Berapakah tempoh masa kelulusan permohonan lesen baru perniagaan pengendalian pelancongan dan agensi pengembaraan?
Piagam Pelanggan bagi kelulusan setiap permohonan lesen baru perniagaan pengendalian pelancongan adalah 35 hari dari tarikh lengkap permohonan.

10. Berapa tahun kelulusan pembaharuan lesen?
Tahun kelulusan membaharui lesen adalah antara 1 tahun sehingga 3 tahun. Ia bergantung kepada syarat-syarat kelulusan membaharui lesen. Untuk maklumat lanjut syarat-syarat kelulusan, sila layari www.motour.gov.my.

11. Saya mempunyai syarikat sendirian berhad dan ingin memohon lesen bas persiaran / kereta sewa pandu. Bagaimana prosedurnya?
Syarikat yang ingin memohon lesen bas persiaran mestilah terlebih dahulu mempunyai lesen agensi pelancongan dari Kementerian Pelancongan. Selepas itu, baru boleh memohon lesen bas persiaran atau kereta sewa dan pandu.

12. Apakah syarat-syarat untuk memohon lesen bas persiaran / kereta sewa dan pandu?
Tuan perlu mengisi Borang 1 Permohonan Baru Lesen Bas Persiaran atau Borang 2 Permohonan Baru Lesen Kereta Sewa dan Pandu dan menyertakan fi proses RM50.00. Selain itu, tuan perlu menyediakan dokumen seperti yang dinyatakan dalam senarai semak permohonan. Senarai semak ini akan disertakan sekali dengan borang permohonan. Untuk maklumat lebih lanjut sila layari http://www.motour.gov.my.

13. Berapakah fi lesen kenderaan pelancongan?
Fi lesen bagi bas persiaran adalah RM60.00 setahun manakala fi lesen kereta sewa dan pandu adalah RM40.00 setahun.

14. Berapakah had usia yang dibenarkan untuk kenderaan pelancongan?
Had usia yang dibenarkan untuk bas persiaran adalah 12 tahun manakala kereta sewa dan pandu adalah 6 tahun untuk 1800cc ke bawah dan 8 tahun untuk 2000cc ke atas. Pacuan empat roda dibenarkan sehingga 10 tahun.

15. Saya hendak menggunakan kenderaan import sebagai kenderaan pelancongan. Adakah ia dibenarkan?
Kementerian tiada halangan sekiranya syarikat hendak menggunakan kenderaan import tetapi usianya akan dikira berdasarkan tahun diperbuat dan bukan tahun didaftarkan seperti yang digunakan untuk kenderaan lain.

16. Saya ingin memohon pengecualian duti eksais. Bagaimanakah prosesnya?
Permohonan perlu dibuat dengan Kementerian Kewangan dengan mengisi borang pengecualian duti eksais dan mendapat pengesahan dari Kementerian Pelancongan bahawa syarikat mempunyai lesen kereta sewa dan pandu.

17. Adakah saya boleh memohon pengecualian duti eksais untuk semua jenis kenderaan untuk dijadikan kereta sewa dan pandu?
Tak. Hanya kereta nasional sahaja yang layak untuk dikecualikan duti eksais.

18. Saya difahamkan bahawa pacuan empat roda juga boleh dikecualikan duti eksais. Adakah ia benar?
Ya. Walau bagaimanapun, pengecualian 50% duti eksais sahaja dibenarkan dan terhad kepada kenderaan yang dipasang di Malaysia.

19. Syarikat saya telah berpindah ke tempat lain dan telah pun diluluskan Kementerian. Walau bagaimana pun, alamat di lesen kenderaan pelancongan masih alamat yang sama. Adakah perlu ditukar?
Perlu. Tuan perlu membuat penyelarasan alamat dengan memohon ubah syarat lesen bas persiaran / kereta sewa dan pandu.

20. Saya telah diluluskan lesen bas persiaran kapasiti 27-40 penumpang. Walau bagaimana pun, saya ingin menggunakan bas persiaran kapasiti 44 penumpang. Apakah prosedurnya?
Tuan perlu memohon ubah bilangan tempat duduk dengan mengisi borang permohonan ubah syarat lesen atau surat kelulusan. Sila sertakan pelan badan bas yang diluluskan JPJ atau surat pendaftaran bas persiaran yang menunjukkan tempat duduk asal memang 44 penumpang (untuk kenderaan terpakai).

21. Permohonan baru Pemandu Pelancong tanpa sijil Kursus Mesra Malaysia, boleh atau tidak?
Kursus Mesra adalah wajib (kursus ini biasanya termasuk dalam modul Kursus Asas Pemandu Pelancong) dan sijil kursus tersebut perlu dilampirkan bagi permohonan baru. Walaubagaimanapun, keadaan-keadaan tertentu boleh dipertimbangkan.

22. Adakah Kursus Eco-Host wajib bagi permohonan baru TG dan adakah perlu menghadirinya sebagai syarat pembaharuan?
Kursus Eco-Host adalah wajib. Bagi permohonan baru tanpa sijil kursus ini, kelulusan bersyarat akan diberi dan pemohon wajib menghadirinya sebelum mengemukakan pembaharuan pada tahun berikutnya. Kursus ini hanya perlu diduduki sekali sahaja walaubagaimanapun digalakkan sebagai tujuan refresher.

23. Sekirannya lesen telah dibatalkan, apakah prosedur untuk memohon lesen TG semula?
Pemohon boleh dilesen semula tertakluk kepada syarat berikut:-

  1. Menghadiri Kursus Refresher (city guide) / Kursus Eco-Host (nature guide)
  2. Mengaktifkan semula keahlian persatuan pemandu pelancong
  3. Menjalani pemeriksaan kesihatan
  4. Mengemukakan permohonan dengan mengisi borang 1 (Per 3)

24. Sekiranya CTRE tidak mencukupi (contohnya 2 CTRE sahaja), adakah pembaharuan lesen dapat diproses?
Pembaharuan masih dapat diproses dengan syarat pemohon dikehendaki mengemukakan sijil CTRE tersebut (mana-mana yang tidak mencukupi) dalam tempoh 3-6 bulan (bergantung dengan jumlah CTRE yang perlu dihadiri)

25. Adakah pertukaran Zon pemanduan dibenarkan bagi pemandu pelancong alam semulajadi setempat?
Pertukaran zon pemanduan adalah tidak dibenarkan. Pemohon hanya boleh melakukan pemanduan di tempat beliau menduduki Kursus Alam Semulajadi Setempat sahaja.

26. Adakah Pemandu pelancong alam semulajadi dibenarkan untuk membuat komentari dalam bas persiaran?
Komentari dalam bas persiaran adalah di bawah bidang tugas pemandu pelancong bandar. Pemandu pelancong alam semulajadi hanya dibenarkan membuat pemanduan di kawasan yang mempunyai produk-produk alam semulajadi sahaja.

27. Apakah syarat-syarat utama bagi warganegara asing untuk memohon lesen pemandu pelancong?
Warganegara asing boleh dilesenkan sebagai pemandu pelancong sementara tertakluk dengan syarat-syarat berikut:-

  1. Lulus kursus Asas Pemandu pelancong/ Kursus Induksi / menghadiri sesi temuduga untuk menguji tahap kecekapan bahasa (asing) dan pengetahuan produk pelancong di Malaysia.
  2. Mendapat kontrak kerja (sepenuh masa) dengan mana-mana syarikat pengendalian pelancongan di Malaysia
  3. Memegang pasport yang tempohnya masih sah.
  4. Menjadi ahli dengan persatuan pemandu pelancong yang diiktiraf oleh Kementerian

28. Apakah syarat-syarat bagi syarikat yang ingin memohon khidmat pemandu pelancong sementara?
Kementerian hanya akan meluluskan permohonan pemandu pelancong sementara sekiranya ada keperluan/ keadaan terdesak dan untuk bahasa-bahasa kritikal sahaja. Kelulusan ini tertakluk dengan syarat:-

  1. Mengemukakan jadual perjalanan tour yang lengkap
  2. Mengemukakan

29. Apakah fungsi ILP dan apakah tawaran kursus yang diberi?
Fungsi ILP menyediakan latihan atau kursus yang berkaitan dengan bidang pelancongan dan kursus yang disediakan kursus bertaraf diploma dan persijilan dan bercorak kemahiran.

30. Bagaimanakah cara untuk menubuhkan ILP?
Mereka yang berminat hendaklah menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad yang diperbadankan di bawah akta syarikat 1965

31. Berapakah modal berbayar untuk menubuhkan syarikat untuk tujuan ILP?
Modal berbayar bagi penubuhan ILP ialah minimum RM200,000.00

32. Bagaimana untuk saya mendapatkan borang permohonan dan berapakah fee pemprosesannya?
Borang permohonanan boleh didapati dari Kementerian Pelancongan, Bahagian Pelesenan dan Pejabat Pelesenan Wilayah juga boleh dimuat turun dari laman web Kementerian Pelancongan. Fee prosesan yang dikenakan ialah RM100.00 dalam bentuk bank draf atau postal order.

33. Bakal rakan kongsi saya (pemegang saham 50%) juga pemegang saham disebuah ILP yang telah dilesen. Bolehkah beliau memegang saham di ILP yang akan ditubuhkan ini?
Tidak dibenarkan kerana seorang individu tidak boleh memonopoli lebih dari satu syarikat dalam bidang yang sama.

34. Adakah pelesenan premis penginapan pelancong di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan?

Tidak. Kementerian Pelancongan hanya bertanggungjawab mendaftar dan mengelaskan premis penginapan pelancong. Pelesenan premis penginapan pelancong adalah di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

35. Saya telahpun mendaftar di bawah Pendaftaran Projek Pelancongan dengan Kementerian Pelancongan. Adakah saya masih perlu mendaftar di bawah Pendaftaran Premis Penginapan Pelancong?
Ya. Pendaftaran Projek Pelancongan mempunyai objektif yang berbeza dengan Pendaftaran Premis Penginapan Pelancong. Pendaftaran Premis Penginapan Pelancong adalah untuk tujuan pengelasan dan inventori manakala Pendaftaran Projek Pelancongan adalah lebih kepada tujuan galakan insentif.

36. Adakah premis penginapan berbentuk “service apartment” perlu didaftar dan dikelaskan?
Terdapat 2 jenis penginapan berbentuk “service apartment” iaitu berbentuk “residential” iaitu melibatkan sewaan jangka panjang atau pemilikan bebas, maka ianya tidak perlu berdaftar dan dikelaskan. Sebaliknya, sekiranya “service apartment” itu berbentuk “commercial” iaitu tujuan penjualan perkhidmatan sepertimana yang ditawarkan oleh hotel-hotel lain, maka ianya perlu didaftarkan

37. Apakah pengkelasan bertaraf “Orkid”?
Taraf Orkid merupakan satu system pengelasan yang diwujudkan bagi memenuhi keperluan permis penginapan berbentuk “budget” yang tidak dapat dikelaskan di bawah Skim Pengelasan Bintang.

38. Adakah premis penginapan pelancong kurang daripada 10 bilik perlu didaftarkan?
Ya. Pendaftaran premis penginapan pelancong diwajibkan ke atas semua premis penginapan sepertimana definasinya di dalam Akta Industri Pelancongan tanpa mengira jumlah bilik.

39. Apakah jenis aduan yang boleh saya kemukakan kepada Kementerian?
Aduan yang boleh dikemukakan kepada Kementerian adalah berkaitan dengan perkara berikut :

  1. Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Agensi Pengembaraan (TOB TAB)
  2. Bas Persiaran dan Kereta Sewa Pandu
  3. Institusi Latihan Pelancongan
  4. Pemandu Pelancong
  5. Premis Penginapan Pelancongan

40. Bagaimanakah saya hendak mengemukakan aduan?
Anda boleh kemukakan aduan secara menulis, telefon, faks, ataupun melalui e-mail dan disertakan dengan nama dan alamat lengkap anda.

41. Apakah dokumen yang perlu saya sediakan semasa mengemukakan aduan?
Dokumen-dokumen yang seharusnya anda sertakan semasa mengemukakan aduan adalah yang berkaitan dengan invois pembelian pakej, jadual lawatan (itinerary), resit pembayaran, gambar atau apa-apa dokumen yang boleh membuktikan kesahihan aduan anda.

42. Berapa hari aduan saya dapat diselesaikan?
Sekiranya aduan adalah berkaitan dengan agensi luar, aduan anda akan diselesaikan dalam tempoh 3 hari bekerja dan sekiranya aduan anda berkaitan langsung dengan perkara-perkara di para 1, kami akan selesaikan dalam tempoh 21 hari bekerja.

43. Apakah jenis penguatkuasaan yang dijalankan oleh Kementerian?
Jenis penguatkuasaan yang dijalankan oleh Kementerian adalah seperti berikut :

  1. Penggelidahan ke atas Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Agensi Pengembaraan (TOB TAB) yang berlesen dan tidak berlesen.
  2. Pemeriksaan ke atas kenderaan pelancongan yang berlesen dan tidak berlesen
  3. Pemeriksaan ke atas pemandu pelancong yang berlesen dan tidak berlesen.

44. Bagaimanakah saya hendak mengenalpasti pegawai penguatkuasa Kementerian?
Pegawai Penguatkuasa biasanya akan menunjukkan kad kuasa yang ditandatangani oleh Menteri Pelancongan ketika menjalankan penguatkuasaan.

45. Apakah Akta yang digunapakai oleh Kementerian dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap pengusahaan pelancongan?
Kementerian menguatkuasakan akta-akta dan peraturan berikut :

  1. Akta Industri Pelancongan 1992;
  2. Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan) 1992;
  3. Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Pelesenan dan Pengawalan Pemandu Pelancong) 1992;
  4. Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Pelesenan Institutsi Latihan Pelancongan) 1994;
  5. Peraturan-Peraturan Industri Pelancongan (Mengkompauan Kesalahan-Kesalahan) 1992;
  6. Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999; dan
  7. Peraturan-Peraturan Kenderaan Pelancongan (Pelesenan dan Pengawalan Kenderaan Pelancongan) 2000.

46. Apakah bentuk tindakan yang boleh dikenakan oleh Kementerian sekiranya mana-mana undang-undang dan peraturan tersebut dilanggar?
Bentuk tindakan yang boleh diambil oleh Kementerian adalah seperti berikut :

  1. Pendakwaan di mahkamah
  2. Tawaran Kompaun
  3. Penggantungan Lesen
  4. Pembatalan Lesen
Kenapa perlu Company Secretary @ Setiausaha Syarikat?

Kenapa perlu Company Secretary @ Setiausaha Syarikat?

Kenapa perlu Company Secretary @ Setiausaha Syarikat?

Dunia perniagaan semakin berkembang pesat dan semakin banyak peraturan dan undang-undang yang telah dan akan diperkenalkan. Ini adalah bertujuan untuk memantapkan dan menyesuaikan peranan Setiausaha Syarikat agar lebih efektif dan juga selaras dengan perkembangan Akta Syarikat yang semakin bergerak kehadapan.
Peranan Setiausaha Syarikat adalah memberi nasihat kepada pekara-pekara yang berkaitan dengan Syarikat dan juga Lembaga Pengarah. Disenaraikan garis panduan Setiausaha Syarikat dalam memenuhi akan peranan dan tanggungjawab mereka kepada Lembaga Pengarah, Pemegang Saham dan Syarikat. Garis panduan ini juga termaktub dalam etika yang dibuat oleh Charterd Secretaries of Malaysia (Setiausaha Syarikat Malaysia).

A. TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN

  1. Setiausaha Syarikat akan menyediakan dokumen Memorandum dan Arikel (M & A) bagi setiap syarikat mengikut jenis perniagaan. Peraturan dan Perlembagaan yang tertera di dalam M & A kekadang berbeza bagi setiap Syarikat. Sebagai contoh perkara mengenai Perlantikan Pengarah, Penjualan Saham, Bilangan Ahli dan sebagainya. Antara dokumen lain seperti Borang 13A, Borang 24, Borang 49, Borang 44 dan berbagai borang lagi.
  2. Setiausaha Syarikat berkebolehan dan memahami akan pekara yang berkaitan dengan Undang-undang Syarikat (Akta Syarikat) dan Peraturan-peraturan.
  3. Setiausaha Syarikat perlu memastikan akan pematuhan prosedur yang betul dipatuhi selaras dengan M & A Syarikat yang tertera dan juga Akta Syarikat. 1965.
  4. Adalah menjadi tanggungjawab Setiausaha Syarikat memastikan setiap dokumen asal yang disimpan oleh Setiausaha Syarikat adalah sama dengan salinan yang diberikan seperti yang tertera didalam Buku Berkanun (Statutory Books), Buku Pendaftaran (Register Books) dan Dokumen Setiausaha (Secretarial Files).
  5. Setiausaha Syarikat juga perlu memahami dengan sewajarnya akan “Kod and Etika Setiausaha Syarikat” yang dibuat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang dulu dikenali sebagai Pendaftar Syarikat (ROC) dan mendokumenkan secara terang akan tanggungjawab dan peranan Setiausaha Syarikat dan kod etika praktis.

B. PERKARA PEMATUHAN DAN UNDANG-UNDANG

  1. Pihak Setiausaha Syarikat perlu memastikan bahawa sebarang perubahan didalam Maklumat Berkanun (Statutory Information) hendaklah telah lengkap sepenuhnya selarasnya dengan borang-borang yang berkaitan dan juga pendaftaran kepada SSM dalam tempoh yang telah ditetapkan.
  2. Pihak Setiausaha Syarikat perlu menasihatkan Lembaga Pengarah untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat (Annual General Meeting – AGM) pada masa yang bersesuaian dan berkaitan
  3. Setiausaha Syarikat yang menjaga Syarikat Awan Tersenarai (Public Listed) perlu sentiasa bersedia berkenaan Pendedahan Maklumat (Disclosure Requirements) oleh Bursa Saham Kuala Lumpur dan Sekuriti Komision (Securities Commission) dan menasihati akan :
    (aPihak Lembaga Syarikat hendaklah menasihati secara teratur dan tepat akan maklumat berkaitan yang perlu didedahkan.
    (b) Pihak Setiausaha Syarikat perlu menyediakan Borang pendedahan maklumat yang bersesuaian dan membantu pihak Lembaga Syarikat melengkapkan borang tersebut.
  4. Pihak Lembaga Syarikat perlu menasihatkan Para Pengarah bagi mendedahkan maklumat mengenai Waran Para Pengarah.
  5. Pihak Lembaga Syarikat perlu menasihatkan Para Pengarah berkenaan tanggungjawab mereka berkaitan dengan pendedahan maklumat kepentingan mereka didalam kontrak atau memegang harta atau pejabat yang memungkinkan wujudnya kepentingan yang bertindih.
  6. Setiap pengistiharan yang di buat oleh Pengarah hendaklah direkodkan dibawah seksyen berkaitan dan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah pada ketika ianya dibuat.
  7. Pihak Setiausaha Syarikat hendaklah menasihatkan akan Pengarah supaya menyediakan secara bertulis berkenaan maklumat kepada Syarikat :
    (a) Maklumat berkaitan dengan Saham, Debentur, Kepentingan Bersama, Hak dan Pilihan Saham, dan Kontrak yang berkaitan bagi tujuan pematuhan kehendak Akta Syarikat.
    (b) Maklumat sebarang perubahan berkenaan pekara diatas.
    (c) Peristiwa dan pekara yang menjejaskan atau berkaitan dengan Pengarah yang berkaitan bagi tujuan pematuhan Syarikat dengan Akta Syarikat.
    d) Tarikh yang berkaitan dengan umur Pengarah Syarikat atau Anak Syarikat (Subsidiary) bagi Syarikat Awam yang akan atau mencecah 70 tahun.
  8.  Setiausaha Syarikat perlu berkebolehan mengenai Undang-undang Sekuriti dan Peraturan bagi menasihati Pengarah Syarikat Awam berkenaan Pendedahan Maklumat yang termasuk didalam kategori ini :
    (a) Pendedahan Penganti Pemegang Saham (Substantial Shareholdings Disclosure)
    (b) Peraturan akan berkenaan Saham Pengarah · Peraturan akan Pengistiharan dan Pelaporan
    (c) Pihak Setiausaha Syarikat hendaklah berkebolehan mengenai polisi pendedahan yang berterusan oleh Bursa Saham Kuala Lumpur supaya dapat memberikan nasihat cepat kepada Lembaga Syarikat.

C. MESYUARAT SYARIKAT

  1.  Pihak Setiausaha Syarikat perlu berkebolehan mengetahui akan prinsip asas undang-undang Mesyuarat. · Pihak Setiausaha Syarikat hendaklah menasihatkan Para Lembaga Pengarah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) sekurang-kurangnya sekali dalam tahun kalendar. AGM ini perlu diadakan walaupun Syarikat tersebut aktif atau tidak (Dormant). Jika tidak dilaksanakan, penalti akan dikenakan.
  2. Peranan Setiausaha Syarikat dalam menyelia mesyuarat syarikat adalah semata-mata sebagai pentadbir mesyuarat dan juga termasuk :
    (a) Mengatur dan berkerjasama dengan Pengerusi dan atau Pengarah Urusan berkenaan dokumen dan agenda
    (b) Menyediakan Buku dan Bilik Mesyuarat
    (c) Menghadirkan diri dan merekodkan Minit Mesyuarat
    (e) Memainkan peranan sebagai Penasihat kepada Pengerusi dan Lembaga Pengarah
    (f) Menyerahsimpan dokumen-dokumen berkaitan
  3.  Minit dan Resolusi Mesyuarat yang disediakan haruslah mencerminkan mesyuarat yang diadakan dan didokumentasikan secara bertepatan, ringkas dan padat dan menggunakan bahasa yang mudah.
  4. Hasil dari Minit Mesyuarat dan Resolusi hendaklah disediakan melalui Kepala Surat Syarikat (Company’s Letterhead) dan disahkan oleh Pengerusi Mesyuarat dan/atau Setiausaha Syarikat.
  5. Pihak Setiausaha Syarikat hendaklah membentangkan kesemua Resolusi Pengarah yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Terdahulu pada Mesyuarat Lembaga yang akan datang sebagai peringatan.

 

SMARTRICH Corporate Services Sdn. Bhd.
(975102-T)
 

HQ

No. 60-LG,

Jalan Setia Perdana BB U13/BB,
Setia Alam,
40170 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
 

BRANCH

29-3F, FLOOR 3,

Jalan Setia Perdana BA U13/BA,
Setia Alam,
40170 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Email :
Phone Number :
☏ Office : 03 - 3359 0996
✆ Phone : 019 - 605 3938
FOLLOW US
Update