5 Sebab Perniagaan Anda Gagal

Benarkah orang kata jika nak berjaya perlu gagal terlebih dahulu? Mungkin lebih manis jika anda lalui pengalaman seperti itu, gagal dulu kemudian berjaya dan terus berjaya. Tapi sampai bila kita perlu gagal dahulu jika kita layak untuk terus berjaya? Tahukah anda kenapa permulaan perniagaan anda gagal? Ada 5 sebab kenapa perniagaan anda gagal.

1. Kurang Ilmu Pengetahuan Dalam Bisnes/Perniagaan

Sebab pertama adalah kurangnya ilmu pengetahuan dalam bisnes yang anda ceburi. Sebelum memulakan sesuatu perkara kita perluah mencari sebanyak mungkin ilmu termasuk ilmu untuk memulakan perniagaan. Ada beberapa cara kita untuk menimba ilmu, sama ada pergi ke seminar, baca blog orang lain, website, artikel, mahupun berkawan dengan peniaga-peniaga yang lain.

2. Tiada Sasaran

Maksud tiada sasaran adalah peniaga tiada ‘target’ jualan, sasaran pelanggan serta harga sesuatu barang yang dijual. Disebabkan tiada sasaran yang dibuat peniaga tidak akan tahu apa yang perlu dibuat, peniaga hanya akan menjual barang untuk mendapatkan untung sahaja tetapi lama kelamaan perniagaan tersebut boleh muflis dan terpaksa ditutup.

3. Tidak Memenuhi Cita Rasa Pelanggan

Untuk menjadi peniaga yang berjaya, jangan mengikut kata hati sendiri, sehingga tidak hiraukan langsung maklum balas dari pelanggan. Pelanggan suka akan servis ataupun produk yang anda tawarkan, tetapi kemungkinan ada sedikit ciri-ciri yang pelanggan mahu ada dalam servis atau produk yang anda tawarkan.

Jika anda masih bekeras tidak mahu memperdulikan maklum balas yang diberi oleh pelanggan anda, pesaing-pesaing lain dalam bidang yang sama akan mengambil kesempatan dan memberikan servis atau produk yang mempunyai ciri-ciri pelanggan anda. Secara tidak langsung pelanggan anda makin lama makin berkurang dan sasaran perniaggan anda akan jatuh.

4. Berfikiran Negatif

Pemikiran negatif adalah musuh utama yang perlu dihapuskan terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan. Sememangnya kawan bagi peniaga atau usahawan adalah risiko, mereka perlu menghadapi pelbagai risiko antaranya risiko kewangan. Peniaga jika tidak cukup modal akan mula befikiran negatif, disebabkan pemikiran yang negatif akan membuatkan ‘startup’ anda gagal.

5. Tidak Mencatit Dan Simpan Rekod Penting

JIka peniaga tidak mencatit atau menyimpan rekod penting, bermakna peniaga tidak dapat mengetahui rekod kewangan keluar dan masuk, segala liabiliti yang sedang ditanggung. Ini akan memberikan satu impak besar kepada perniagaan anda.

Apabila tiada rekod yang lengkap anda tidak dapat mengenalpasti samada perniagaan anda untung mahupun rugi. Untuk membuat pinjaman di institusi perbankan atau institusi lain amat sukar kerana pihak bank akan meminta dokumen yang lengkap bagi membolehkan pinjaman anda diluluskan. Tanpa dokumen yang lengkap pihak bank tidak akan meluluskan pinjaman anda.

Hal ini akan merugikan anda kerana tidak mendapat pembiayaan daripada pihak bank untuk anda meneruskan perniagaan, membuka cawangan baru dan membuat produk yang baru.

Share This

Share This

Share this post with your friends!