A)  Tugas Pengarah Syarikat boleh dikelaskan kepada tugas fidusiari dan tugas statutori.

Tugas Fidusiari

  • Menurut Akta Syarikat 1965, tanggungjawab fidusiari ialah dengan menjalankan tugas dengan jujur dan kerajinan yang munasabah.

Tugas Statutori

  • Serah simpan ANNUAL RETURN
  • Simpan rekod perakaunan 7 tahun
  • Edarkan PENYATA KEWANGAN dan LAPORAN PENGARAH SYARIKAT dalam AGM
  • Lantik Juruaudit pertama
  • Lantik Setiausaha Syarikat

B)  Sementara itu, terdapat perubahan kepada akta syarikat 2016

#1 – Hanya seorang Pengarah dan Pemegang Saham

Sebelum kewujudan Akta Syarikat 2016, antara perkara wajib dalam pemerbadanan syarikat ialah minimum mempunyai 2 orang pengarah dan 2 pemegang saham. Dalam proses memudahkan pembukaan syarikat, SSM menetapkan hanya seorang sahaja sudah boleh membuka Sdn Bhd.

Bermaksud hanya seorang pemegang saham dan seorang pengarah sahaja sudah boleh memulakan proses pembukaan Sdn. Bhd.

Kelebihan yang diberi ini juga perlu diambil kesempatan oleh mereka yang berniaga secara perseorangan dan memerlukan entiti perniagaan berstatus Sdn Bhd dan memberi jalan penyelesaian pada syarikat yang mempunyai masalah dengan rakan kongsi mereka.

#2 – Tiada Harga Par untuk unit modal

Dalam Akta Syarikat 2016, tiada lagi sekatan untuk menetapkan jumlah RM untuk 1 unit modal berbayar. Bermakna selepas ini, 1 unit sudah menjadi pilihan pemegang saham untuk tetapkan berapa jumlah harga perunit syer syarikat mereka.

Sebelum ini, sebarang pembelian syer berbayar ditetapkan oleh SSM ialah RM1 untuk 1 unit syer.

#3 – Tiada lagi Modal Dibenarkan

Untuk Akta Syarikat 2016, tiada lagi wujud modal dibenarkan. Ini bermakna syarikat boleh mempunyai syer berbayar tanpa memikirkan jumlah modal dibenarkan sebagai tanda aras. Kemudahan ini diberikan untuk menjimatkan kos penubuhan syarikat dan memudahkan syarikat dalam meningkatkan modal berbayar.

Sebelum ini sering wujud kesukaran untuk naikkan modal berbayar melebihi tanda aras modal dibenarkan. Ini disebabkan perlu menunggu tingkatkan modal dibenarkan di SSM sebelum dapat tingkatkan modal berbayar. Kini proses meningkatkan modal berbayar tidak perlu mengambil masa yang lama dan mudah.

 #4 – Penyerahan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Beraudit

Dengan kewujudan Akta Syarikat 2016, tempoh untuk penyerahan laporan tahunan dan penyata kewangan sudah berubah. Selepas ini sebarang penyerahan laporan tahunan adalah mengikut tarikh penubuhan syarikat. Manakala penyerahan laporan kewangan beraudit adalah 6 bulan selepas tempoh akhir akaun syarikat ditutup.

Dengan kewujudan akta ini, boleh mengurangkan risiko kelewatan menghantar laporan tahunan ke SSM. Dimana kelewatan sering berlaku disebabkan tidak dapat menyiapkan penyata kewangan beraudit mengikut waktu yang telah ditetapkan.

#5 – Mesyuarat Tahunan “Annual General Meeting”

Untuk Akta Syarikat 2016, mesyuarat ini tidak wajib lagi dilaksanakan. Ini bermakna syarikat boleh memilih untuk melakukan mesyuarat tahunan atau tidak. Antara sebab akta ini dimansuhkan ialah disebabkan kewujudan kemudahan hanya seorang pengarah dan seorang pemegang saham sudah boleh ada dalam syarikat.

Dengan wujud kemudahan, sebarang keputusan hanya atas tanggungjawab seorang pengarah dan pemegang saham tersebut. Oleh sebab itu, SSM menetapkan tidak diwajibkan lagi untuk diadakan mesyuarat tahunan.

#6 – Proses Pemerbadanan Syarikat menggunakan sistem Mycoid dan pilih seorang Setiausaha Syarikat Bertauliah dalam masa 30 hari dari tarikh penubuhan.

Proses pemerbadanan Syarikat dipermudahkan lagi untuk Akta Syarikat 2016. Selain hanya seorang pengarah dan seorang pemegang saham. Pemilik boleh membuka Sdn Bhd tanpa perlu mengguna khidmat Setiausaha Syarikat Bertauliah. Pemilik boleh memilih untuk membuka Sdn Bhd dengan menggunakan sistem MYcoid yang diperkenalkan oleh SSM.

 Namun syarikat ini tetap perlu memilih seorang Setiausaha Syarikat Bertauliah dalam masa 30 hari dari tarikh ia diperbadanankan. Jika tidak ia akan menjadi kesalahan pada syarikat dan pengarah boleh dipertanggungjawab atas kesalahan tersebut. 

#7 – Tiada wajib untuk mempunyai cop meterai pemerbadanan “Common Seal

Sebelum wujud Akta Syarikat 2016, cop meterai pemerbadanan wajib ada untuk setiap syarikat yang berdaftar. Cop ini sering digunakan pada perjanjian serta sijil saham. Bermula 31 Januari 2017,

 Tiada kewajipan untuk syarikat mempunyai cop meterai pemerbadanan. Dengan wujudnya kemudahan ini, akan mengurangkan kos untuk pemerbadanan syarikat dan mengelakkan dari salahguna cop tersebut.

#8 – Sijil Syer/ sijil Saham tidak wajib untuk disediakan

Sijil Syer/ sijil Saham tidak lagi wajib untuk disediakan oleh setiausaha syarikat bertauliah. Ia menjadi pilihan sama ada pemegang saham tersebut ingin memiliki sijil tersebut atau tidak. Namun setiausaha syarikat diwajibkan untuk merekod nama pemegang saham tersebut didalam Buku Daftar Pemegang Saham “Register of Member”.
.

#9 – Tidak wajib sediakan Memorandum dan artikel

Memorandum ialah dokumen yang diperlukan untuk menentukan hubungan syarikat dengan luar. Manakala artikel ialah perlembangaan syarikat dan pengurusan dalaman syarikat. Ia menjadi kewajipan untuk disediakan dalam proses pemerbadanan syarikat. Namun dengan kewujudan Akta Syarikat 2016. memorandum dan artikel ini tidak lagi menjadi kewajipan untuk disediakan dalam proses pemerbadanan syarikat.

#10 – Tiada sijil pemerbadanan disediakan sebagai dokumen bukti pemerbadanan syarikat 

Dengan kewujudan Akta Syarikat 2016, tiada lagi sijil pemerbadanan disediakan sebagai dokumen bukti pemerbadanan syarikat tersebut. Namun pihak SSM belum menetapkan lagi bentuk notis yang akan disediakan untuk membukti pemerbadanan syarikat tersebut.

Dengan wujud beberapa perubahan dalam Akta Syarikat 2016, sememangnya memudahkan orang awam untuk memilih membuka Sdn Bhd dengan mudah. Dalam masa yang sama memberi peluang banyak pada usahawan untuk memilih entiti perniagaan yang sesuai.

Sebelum ini sering wujud kesukaran membuka Sdn Bhd disebabkan terlalu banyak prosuder dan peraturan yang menyukarkan. Diantara masalah yang wujud ialah kesalahan memilih rakan kongsi untuk dijadikan pengarah syarikat dan pemegang saham. Akta Syarikat 2016 ini telah mengambil kira banyak perkara yang berbangkit dan memikirkan penyelesaian masalah yang wujud.

Have a question?

Fields marked with an * are required

12 + 9 =

HOME     |     ABOUT US     |     CONTACT US     |     SITE MAPS     |     DISCLAIMER

Hotline

019-6053938
03- 3341 2682 ( Office Klang Sentral )
03- 3358 3914 ( Office Klang Sentral )

Address

HQ
No. 15-1, Jalan Klang Sentral 10/KU5, Taman Klang Sentral, KLANG SENTRAL, 41050 Klang, Selangor Darul Ehsan

SETIA ALAM
No. 60-G, Jalan Setia Perdana BB U13/BB, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

PENAFIAN : SMARTRICH Corporate Services Sdn. Bhd. (975102-T) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam halaman ini. Paparan terbaik menggunakan Google Chrome Terkini & Mozilla Firefox versi 3 resolusi 1024 x 768

Copyright 2017 Corporate Centre @ KLANG SENTRAL SMARTRICH Corporate Services Sdn. Bhd. (975102-T)

Share This

Share This

Share this post with your friends!